Gaya Hidup

Status Hadis – Cinta Itu Membuatmu Buta Dan Tuli?

Oleh Fieyzah Lee  •  30 Jun 2020  •  3 min baca

Terdapat sebuah lagu yang pernah popular dalam kalangan remaja suatu ketika dulu yang bertajuk ‘Cinta Itu Buta’ nyanyian oleh kumpulan Armada.

Secara umumnya, maksud yang dapat dilihat ialah – dalam bercinta, seseorang itu sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan cinta hatinya.

Antara lirik yang sering meniti di bibir ialah – “Biarlah orang berkata apa, manusia tiada yang sempurna, ku terima kau apa adanya, yang penting aku bahagia.”

Jelas di sini bahawa cinta itu menjadikan seseorang sanggup melakukan apa sahaja dan boleh menerima orang yang dicintai itu seadanya walaupun dipenuhi dengan kekurangan. Bukankah dalam bercinta itu, manusia akan saling melengkapi?

Bahkan, terdapat sebuah syair yang terkenal daripada Imam Syafi’e yang menyebut:

“Pandangan simpati menutupi segala cela, sebagaimana pandangan benci menampakkan segala cacat.”

Dalam sebuah hadis, ada diriwayatkan mengenai cinta yang boleh mengubah seseorang, iaitu:

حبٌك الشيئ يعمي و يصم

Maksud: “Cintamu pada sesuatu akan membuatmu buta dan tuli.”

Namun, tahukah anda terdapat kekeliruan terhadap status hadis ini. Sebahagian ulama meriwayatkan bahawa statusnya ialah dhaif (lemah), namun ada juga yang mensahihkannya.

#1 – Pertama, kita melihat jalur hadis ini. Imam al-Sakhawi berkata hadis ini mempunyai jalur periwayatan daripada Abu Darda’ dari ayahnya yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-‘Askary melalui jalur sanad Baqiyah bin Walid.

Imam Ahmad pula meriwayatkan jalur sanad tersebut ialah daripada Syuraih bin Yazid.

#2 – Imam Al-Shan’ani meriwayatkan ia sebagai hadis yang lemah melalui jalur sanad Syuraih bin Yazid. Hal ini kerana, tiada sanad yang lengkap yang menunjukkan bahawa ia telah diriwayatkan daripada Baginda SAW.

#3 – Manakala, bagi jumhur yang mensahihkan hadis ini kerana melihatkan kepada periwayatan Abu Daud yang tidak berhujah mengenai kelemahan hadis ini.

Abu Daud juga berkata bahawa ia merupakan hadis hasan (sahih) namun berada pada tingkatan yang paling rendah.

#4 – Ulama lain berpendapat bahawa walaupun darjat hadis ini lemah, namun ia sebenarnya menunjukkan ‘kuasa’ cinta itu sendiri yang boleh membuatkan hati kita tertutup daripada segala kekurangan yang ada.

Namun, apabila disebut tentang cinta, tidak semuanya membawa maksud yang negatif. Jika cinta antara pasangan suami isteri, maka mungkin rasa cinta itu boleh membuatkan kedua-duanya saling bertolak ansur dengan kekurangan masing-masing, dalam masa yang sama mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Apabila seseorang itu mencintai Allah dengan sepenuh hati pula, keredaan dan ketawaan terhadapNya akan meninggi. Disebabkan itu, wujudnya hamba-hamba Allah yang sentiasa tenang dan percaya dengan aturan yang Allah berikan kepadaNya walaupun sedang dilanda masalah yang menggunung.

Maka, itulah maksud cinta yang hakiki.

Kesimpulan

Adapun, melihat kepada status hadis ini, jumhur ulama berpendapat bahawa ia adalah hadis yang lemah. Ada sebuah kata-kata Baginda SAW yang sahih mengenai cinta, iaitu:

“Tiga hal yang apabila ketiganya ada pada diri seseorang, nescaya ia akan merasakan betapa manisnya iman; Apabila Allah dan RasulNya lebih ia cintai berbanding yang lain. Apabila ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintai kecuali kerana Allah dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya bagaikan kebenciannya apabila dirinya hampir dilemparkan ke dalam jurang neraka.” (Hadis Riwayat Nasai, no. 4987)

Sumber:
Sunnah.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami