Keluarga

Status Hadis – Bau Bayi Ialah Bau Syurga?

Oleh Fizah Lee  •  24 Jul 2020  •  2 min baca

Perasan atau tidak, apabila kita melihat bayi yang baru lahir, terbit sedikit perasaan tenang di sebalik hati. Kadang, dirasai segala permasalahan yang dialami itu seakan-akan hilang dan seolah-olah hati tidak dilanda masalah tersebut.

Mengapa begitu? Ada juga dalam kalangan kita yang akan mencari ketenangan dengan melihat anak-anak kecil yang sedang berlari-lari di taman. Bagi mereka, dengan melihat kanak-kanak yang tidak berdosa ini, ketenangan itu boleh timbul. Sekurang-kurangnya hilang sikit beban masalah di bahu.

Ada yang berkata, bahawa bayi atau kanak-kanak itu ialah manusia yang tidak mempunyai dosa. Sebab itu, dengan melihat mereka kita akan mudah merasa tenang.

Bahkan ada juga yang menyebut bahawa jika dicium bau bayi, ia adalah bau yang unik yang tiada pada kita hari ini kerana itu ialah bau syurga.

Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa bau bayi yang baru lahir itu adalah bau syurga.

ريح الولد من ريح الجنة

Maksud: “Bau anak daripada bau syurga.”

Sahihkah Hadis Ini

Hadis ini telah diriwayatkan daripada tiga sanad utama, iaitu daripada ‘Aisyah RA, Abdullah bin Abbas dan Ibn Abi Labibah.

Adapun, melalui ketiga-tiga sanad ini, terdapat perawi yang dinilai lemah, iaitu

#1 – Sanad ‘Aisyah

Hadis ini dinilai cacat kerana perawi yang bernama Muhammad bin Abdul Malik Al-ansari. Beliau merupakan seorang perawi yang dinilai lemah ingatannya.

#2 – Sanad Abdullah bin Abbas

Melalui jalur ini ada seorang perawi yang ditinggalkan oleh ulama kerana riwayatnya yang terlalu daif. Beliau ialah Sulaiman bin Abi Sulaiman.

#3 – Sanad Ibn Abi Labibah

Berdasarkan sanad ini, ulama menilai kecacatannya berdasarkan perawi yang bernama Muhammad bin Abdul Rahman bin Abi Labibah kerana beliau merupakan seorang perawi yang daif.

Kesimpulan

Hadis bau bayi ialah bau dari syurga itu merupakan hadis yang lemah dan mendapat kritikan jumhur ulama.

Namun, ketenangan yang hadir apabila kita melihat bayi atau kanak-kanak itu mungkin disebabkan oleh sucinya mereka yang masih belum dibayangi dosa.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Ustaz Zulhusni Mat Resat
Ustaz Rozaimi Ramle


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami