Ibadah

Status Hadis – ‘Abdurrahman Bin ‘Auf Memasuki Syurga Dengan Merangkak

Oleh Fieyzah Lee  •  13 Jul 2020  •  2 min baca

‘Abdurrahman bin ‘Auf merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang paling kaya dan termasuk dalam senarai sepuluh orang yang dijamin syurga.

Beliau merupakan antara golongan terawal yang memeluk Islam. Diceritakan bahawa, beliau tidak takut dalam menyampaikan dakwah dan berani untuk memperjuangkan harta serta tenaganya ke arah Islam.

Ada sebuah hadis yang menceritakan mengenai beliau yang akan memasuki syurga dalam keadaan merangkak;

Ketika ‘Aisyah RA sedang berada di rumahnya, tiba-tiba dia terdengar suara yang menggoncangkan Madinah. ‘Aisyah pun berkata: “Suara apa itu?” Orang-orang menjawab: “Itu suara kafilah dagang ‘Abdurrahman bin ‘Auf yang baru datang dari Syam sebanyak tujuh ratus ekor unta.”

‘Aisyah RA berkata: “Adapun, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat ‘Abdurrahman bin ‘Auf memasuki syurga dengan merangkak.” Ucapan itu sampai ke telinga ‘Abdurrahman lalu beliau mendatangi ‘Aisyah untuk bertanya hal itu. ‘Aisyah kemudian menceritakan hadis itu. ‘Abdurrahman berkata: “Sesungguhnya kupersaksikan kepadamu, bahawa semua unta ini beserta beban yang dibawanya juga semua barang-barangnya, aku berikan untuk perjuangan di jalan Allah.”

Melalui riwayat lain, ‘Abdurahman bin ‘Auf berkata: “Seandainya aku mampu, nescaya aku akan masuk syurga dengan berjalan.” Lalu, beliau memberikan semua unta beserta muatannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan ia adalah sebanyak 700 ekor unta yang suaranya menggoncang Madinah.”

Status Hadis

Hadis ini telah diriwayatkan melalui Mu’jam al-Kabir al-Thabarani, Ma’rifah al-Sohabah Abi Nu’aim Al-Asbahani, Majma’ Zawaid al-Haithami dan Kanz al-Ummal Syaikh Muttaqi al-Hindi.

Adapun, jumhur ulama bersepakat bahawa hadis tersebut berstatus mungkar dan tidak boleh digunakan. Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyebut mengenai perawi ‘Umarah bin Zadzan di dalam kitab al-Tahzib. Beliau berkata bahawa Al-Atsram dari Ahmad berkata – “Yang diriwayatkan dari Tsabit dari Anas adalah hadis-hadis mungkar.”

Hal ini disokong oleh Imam ad-Daraquthni dan Imam al-Barqani. ‘Umarah bin Zadzan itu merupakan seorang perawi yang mempunyai kecacatan, iaitu matruk.

Matruk ialah perawi yang mencatatkan hadisnya secara bersendiri atau berdusta dan tidak diketahui jalur yang lain melainkan daripadanya sahaja.

Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Hatim ar-Razi dan Imam An-Nasai juga mengatakan bahawa hadis ini palsu dengan sebab wujudnya perawi yang berdusta, iaitu ‘Umarah.

Kesimpulan

Tuntasnya, dapat kita faham di sini bahawa hadis ‘Abdurrahman bin ‘Auf yang memasuki syurga dalam keadaan merangkak itu adalah palsu dan tidak boleh digunakan.

Hal ini kerana wujudnya perawi yang tidak sahih, iaitu ‘Umarah bin Zadzan. ‘Abdurrahman merupakan salah seorang sahabat nabi yang mulia sehingga dijamin syurga kepadanya.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Dr. Asri – Hadis Palsu ‘Abdurrahman bin ‘Auf


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami