Ibadah

Status Hadis – 3 Perkara Yang Hanya Dilihat Akan Diganjari Pahala?

Oleh Fieyzah Lee  •  20 Jan 2020  •  2 min baca

Mungkin anda pernah diceritakan tentang amalan yang boleh mendatangkan pahala dengan hanya melihat. Salah satunya melihat ibu bapa. Bukan itu sahaja, ada yang pernah mendengar tentang ganjaran pahala apabila melihat laut, melihat Al-Quran dan juga melihat Kaabah.

قال أبو نعيم : حدثنا عبد الله بن محمد بن جعفر ، حدثنا عبد الله بن محمد بن زكريا ، حدثنا سعيد بن يحيى ، حدثنا زافر ، عن أبي عثمان ، عن يحيى بن سعيد ، عن محمد بن إبراهيم ، عن عائشة ، قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” النَظَرُ فِي ثَلَاثَة أَشْيَاءَ عِبَادَةُ ، النَظَرُ فِي َوجْهِ الَأَبوَيْنِ وِفِي المُصْحَفِ ، وَفِي البَحْرِ

Maksud: “Abu Nu’aim berkata: “Abdullah bin Muhammad bin Jaafar menceritakan kepada kami: Abdullah bin Muhammad bin Zakaria menceritakan kepada kami: Sa’id bin Yahya menceritakan kepada Kami: “Zafir menceritakan kepada kami dari Abu Uthman kepada Yahya bin Said daripada Muhammad bin Ibrahim daripada ‘Aisyah RA. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Melihat kepada tiga perkara ini adalah ibadah: melihat kepada wajah kedua ibu bapa, melihat mushaf (al-Quran) dan melihat laut.”

Manakala dalam riwayat lain pula disebutkan perbuatan melihat Kaabah juga diganjari pahala. Daripada al-Dailami daripada sahabat yang sama iaitu Ummul Mukminin ‘Aisyah r.anha :

النَّظَرُ إِلَى الْكَعْبةِ عِبَادَة، وَالنَّظَرُ إِلَى وَجْهِ الْوَالِدَينِ عِبَادَةٌ، وَالنَّظَرُ فِي كِتَابِ اللَهِ عِبَادَةٌ

Maksudnya :”Melihat kaabah adalah ibadah, melihat kepada wajah kedua ibu bapa adalah ibadah dan melihat kitab Allah (al-Quran) adalah ibadah.” (Riwayat al-Dailami, no. 6863 – di dalam al-Firdaus Bi Ma’thur al-Khitab)

Namun, sejauh mana kebenaran hadis yang dinyatakan di atas kerana umum mengatakan bahawa setiap ciptaan Allah, jika dilihat dan diagungkan kebesaranNya pasti akan diganjarkan pahala.

Menurut penerangan yang telah dikeluarkan oleh Mufti Wilayah, hadis ini bersifat lemah kerana wujud perawi yang lemah di dalamnya bahkan ia telah dinukilkan melalui kitab musnad Firdaus. Para ulama hadis menjelaskan bahawa ia merupakan antara kitab yang terumpulnya hadis-hadis yang lemah dan palsu.

Tambahnya lagi, Zafir atau nama sebenarnya Zafir Abu Sulaiman Al-Quhastani merupakan seorang perawi yang sangat lemah dan apa yang diriwayatkan oleh beliau tidak boleh dijadikan sandaran.

Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan di atas, tidak menjadi kesalahan untuk percaya bahawa melihat kepada ciptaan Allah akan diberikan ganjaran kerana ia merupakan bukti kebesaran Allah di muka bumi. Namun, ia tidak boleh disandarkan kepada hadis di atas kerana ia merupakan hadis yang lemah.

Bahkan, kita digalakkan untuk menyebut سبحان الله setiap kali melihat kebesaran Allah seperti laut, langit, ibu bapa serta ciptaan-ciptaan Allah yang lain.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami