Berita

SOP Terkini Solat Jumaat Di Seluruh Negeri Sepanjang PKPB

Oleh Fizah Lee  •  13 Nov 2020  •  3 min baca

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di seluruh negeri kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis sehingga 6 Disember 2020, SOP terkini untuk aktiviti di masjid telah dikuatkuasakan mengikut negeri masing-masing.

Antara yang disentuh ialah berkenaan penunaian solat Jumaat di masjid dan surau mengikut zon hijau, kuning dan merah.

#1 – Terengganu

Aktiviti solat Jumaat hanya dibenarkan di kawasan zon hijau dan kuning dengan mengikuti keluasan masjid. Kawasan zon merah tidak dibenarkan.

#2 – Selangor

Aktiviti solat Jumaat di kawasan zon hijau dibenarkan dengan kapasiti masjid seramai 23 orang sahaja yang meliputi Pegawai Masjid.

Manakala, untuk bilangan jemaah di surau Jumaat pula dibenarkan dengan hanya 16 orang sahaja yang meliputi Pegawai Surau.

Solat Jumaat di kawasan zon kuning dan merah pula adalah tidak dibenarkan.

#3 – Kedah

Solat Jumaat di kawasan zon hijau dan kuning dibenarkan dengan mengikut keluasan solat, manakala untuk zon merah adalah tidak dibenarkan.

#4 – Perak

Solat Jumaat di kawasan zon hijau dibenar dengan bilangan 40 jemaah yang meliputi Pegawai Masjid, AJK dan ahli kariah.

Untuk kawasan zon kuning, ia dibenarkan dengan hanya 23 jemaah, juga meliputi Pegawai Masjid dan AJK kariah. Manakala, kawasan zon merah adalah tidak dibenarkan.

#5 – Melaka

Solat Jumaat di Melaka dibenarkan dengan perlu mengikut kapasiti ruang solat yang mengambil kira penjarakan satu meter.

#6 – Sarawak

Untuk zon hijau dan kuning, ia dibenarkan dengan mengikut kepada kapasiti ruang solat yang perlu mengambil kira penjarakan fizikal.

Manakala, kawasan zon merah adalah tidak dibenarkan kecuali Masjid Jamek Negeri Sarawak yang diberi pengecualian dengan bilangan tidak melebihi 100 jemaah.

#7 – Sabah

Kawasan zon hijau dan kuning dibenarkan dengan 1/3 kapasiti ruang solat, Untuk zon merah, hanya 12 orang jemaah sahaja yang dibenarkan.

#8 – Wilayah Persekutuan

Zon hijau dan kuning dibenarkan dengan kapasiti 1/3 ruang solat manakala zon merah hanya 12 orang jemaah sahaja yang dibenarkan.

#9 – Negeri Sembilan

Seluruh negeri dibenarkan dengan mengambil kira kapasiti ruang solat dan mengehadkan umur 15 tahun ke atas sahaja.

#10 – Johor

Hanya 1/3 daripada kapasiti ruang solat yang dibenarkan di semua zon dengan had umur jemaah 10 tahun ke atas.

#11 – Pulau Pinang

Kawasan zon hijau dan kuning dibenar menunaikan solat Jumaat dengan mengikut keluasan ruang solat.

Manakala, zon merah juga perlu dihadkan mengikut keluasan ruang solat dengan minima 15 orang jemaah warganegara dan permastautin tetap.

Bagaimanapun, jemaah yang berumur 12 hingga 70 tahun diberi keutamaan untuk mengikuti solat Jumaat.

#12 – Perlis

Solat Jumaat dibenarkan di seluruh masjid dengan meliputi penjarakan fizikal.

#13 – Pahang

Bilangan jemaah dibenarkan hanya 40 orang sahaja.

#14 – Kelantan

Solat Jumaat dibenarkan dengan perlu mengikut penjarakan fizikal.

Sumber:
JAKIM


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami