Berita

SOP Terkini Majlis Akad Nikah Oleh JAWI Sepanjang PKPP

Oleh Fizah Lee  •  16 Dec 2020  •  2 min baca

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengeluarkan SOP terkini sebagai garis panduan majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Antara SOP yang ditekankan adalah:

#1 – Kebenaran melakukan akad nikah diberikan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI dan disyaratkan keputusan Saringan Ujian HIV masih sah.

#2 – Pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah mestilah bukan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta bukan dari kontak rapat kes positif COVID-19.

#3 – Tempat akad nikah hanya boleh diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan serta masjid-masjid yang terpilih sahaja, iaitu yang akan ditetapkan oleh JAWI.

#4 – Tempat majlis akad nikah seperti hotel dan dewan hanya dibenarkan jika mendapat kelulusan khas daripada Pengarah JAWI dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

#5 – Tempoh masa akan nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit.

#6 – Untuk kehadiran, ia bergantung kepada keluasan premis dan hendaklah tidak melebihi 250 orang hadirin yang termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, jurunikah, wali dan dua orang saksi.

#7 – Jurugambar turut dibenarkan dan ia termasuk dalam senarai 250 orang hadirin.

#8 – Susun atur dan kehadiran adalah perlu mengikut kepada penjarakan fizikal serta direkodkan kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau dalam buku yang disediakan.

#9 – Untuk pasangan yang berada dalam Zon Merah diwajibkan menjalani ujian swab test terlebih dahulu dan keputusannya hendaklah diserahkan kepada JAWI sebagai dokumen bukti.

Tempat akad nikah pula hanya dibenarkan di ibu pejabat JAWI, iaitu JAWI Putrajaya dan JAWI Labuan.

Kehadiran pula hanya dibenarkan daripada keluarga terdekat sahaja.

#10 – Upacara seperti pembatalan air sembahyang, sarung cincin, bersalaman dan juga berjabat tangan sesama tetamu adalah tidak dibenarkan.

#11 – Surat Kebenaran Berkahwin yang telah tamat dalam tempoh PKPP ini akan dilanjutkan kepada dua bulan. Lanjutan itu bermula dari tarikh kebenaran itu berakhir. Sambungan surat kebenaran boleh dilakukan di pejabat JAWI.

Semua pihak yang terlibat hendaklah sentiasa mematuhi semua SOP daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MKN) bagi mengawal penularan wabak.

Ketua Pendaftar NCR berhak menambah mana-mana syarat tambahan dengan tujuan kelancaran majlis dan mereka juga berhak membatalkan mana-mana majlis akad nikah yang tidak mematuhi tatacara majlis.

Garis panduan ini mula berkuat kuasa pada 16 Disember 2020 dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami