Berita

Solat Jumaat & Fardu Dibenarkan Di Semua Masjid Dan Surau Selangor Secara Berperingkat

Oleh Fizah Lee  •  10 Dec 2020  •  1 min baca

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk pelaksanaan Solat Fardu 5 waktu dan solat Jumaat.

Kebenaran ini perlu mengikut kapasiti sebenar ruang solat dengan mengambil kira penjarakan saf sebanyak 1.5 meter.

Pengumuman ini membabitkan 130 buah masjid, 21 Surau Kebenaran Jumaat dan 453 surau. Namun, ia tidak termasuk dengan kawasan Mukim Kuala Selangor yang melibatkan 1 buah masjid, 2 buah Surau Kebenaran Jumaat dan 2 surau.

Jemaah juga hendaklah dari kawasan zon hijau dan melibatkan warganegara sahaja.

Berkenaan aktiviti keagamaan seperti kuliah Maghrib, Subuh dan Dhuha serta bacaan Yaasin, ia dibenarkan namun hanya melibatkan penceramah dari kawasan zon hijau.

Arahan ini dikuatkuasakan serta merta selepas dikeluarkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Selangor


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami