Berita

Solat Jumaat Di Wilayah Persekutuan Dibenar Dengan Had 1/3 Daripada Keluasan Solat

Oleh Fizah Lee  •  5 Nov 2020  •  1 min baca

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengumumkan SOP peluasan Kapasiti Solat Jumaat yang akan berkuat kuasa pada 6 November 2020, Jumaat.

Antara garis panduan yang perlu dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Muazakarah Majlis Kebangsaan kali ke-9 ialah:

#1 – Solat Jumaat

Masjid dan surau bagi solat Jumaat di zon hijau dan kuning di Wilayah-Wilayah Persekutuan dibenar seramai 1/3 daripada keluasan solat.

Bagi Wilayah Persekutuan Labuan di zon merah, jemaah dibenarkan dengan had kepada 12 orang sahaja.

#2 – Solat Fardu

Masjid dan surau di kawasan zon kuning dan hijau di wilayah-wilayah persekutuan dibenarkan dengan kapasiti tidak melebihi 30 orang. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keluasan dewan solat utama dengan penjarakan 1 meter.

Manakala, di Wilayah Persekutuan Labuan, solat lima waktu dihadkan kepada 3 orang sahaja.

Garis panduan ini (yang sama dengan Wilayah Persekutuan Labuan) akan dikuat kuasa kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sekiranya berlaku zon merah.

Datuk Dr. Zulkifli juga menyarankan untuk masjid di kawasan zon hijau dan kuning bagi menyediakan ruang solat khusus buat penghantar makanan dan pemandu e-hailing.

Sumber:
Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami