Tokoh

Siapakah Syeikh Hamza Yusuf?

Oleh Natirah Azira  •  25 Oct 2018  •  2 min baca

“Kebebasan yang sebenar ialah kebebasan daripada nafsu. Bebaskanlah diri anda daripada penjara fikiran. Semoga Allah membebaskan kita dari kegelapan perkara yang menarik kita jatuh dan membuatkan kita lupa kepada Allah” Syeikh Hamza Yusof

Pesanan tersebut telah disampaikan oleh Syeikh Hamza Yusof, seorang tenaga pengajar dan pengasas bersama bagi Kolej Zaytuna, Amerika Syarikat.

Syeikh Hamza Yusuf Hanson antara tokoh Islam yang sangat berpengaruh di dunia barat. Beliau dilihat sebagai pihak yang paling berautoriti mewakili Islam di luar lingkup dunia Islam.

Syeikh Hamza Yusuf telah memeluk Islam pada tahun 1977 ketika usia 17 tahun dan menghabiskan banyak masa mempelajari bahasa Arab, perundangan Islam dan juga falsafah dengan beberapa tokoh Muslim Islam yang terkenal dan dihormati.

Beliau menghabiskan masa yang lama belajar di UAE, kemudian ke Mauritania. Di sana beliau berjumpa dan tinggal dengan gurunya Syeikh Murabit al-Hajj. Dia kembali ke Amerika Syarikat pada tahun 1987 dan belajar ilmu kejururawatan sebelum berkhidmat sebagai seorang imam sepenuh masa di Masjid Santa Clara.

Kepetahannya bercakap dan menyampaikan ceramah tidak dapat disangkal. Beliau telah menyampaikan beribu ceramah kepada khalayak ramai dan kerap ditemubual oleh pihak media. Beliau telah menyebarkan ajaran tradisi Sunnah wal jamaah di dunia barat melalui penyampaian dan ceramahnya yang popular seperti Deen Intensive, Rihla dan Reviving The Islamic Spirit (RIS).

Selain itu, beliau juga menjadi seorang penasihat bagi kajian Islam di beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, dalam masa yang sama berada dalam barisan penasihat lembaga pengarah bagi George Russell One Nation, suatu organisasi yang membawa mesej kesatuan komuniti.

Beliau juga bekerja rapat dengan Syeikh Abdullah bin Bayyah dan berkhidmat sebagai naib presiden bagi dua organisasi besar yang digerakkan oleh Syeikh Abdullah bin Bayyah iaitu Pusat Global untuk Bimbingan dan Pembaharuan (Global Centre for Guidance and Renewal) dan Forum berasaskan UAE untuk Mempromosikan Keamanan dalam Komuniti Muslim (UAE-based Forum for Promoting Peace in Muslim Societies)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami