Sejarah, Tokoh

Siapa Yang Mula-Mula Disembahyangkan Jenazah

Oleh Fizah Lee  •  22 Sep 2020  •  3 min baca

Solat sunat jenazah merupakan salah satu daripada fardu kifayah yang tidak boleh ditinggalkan oleh golongan muslim. Jika ada sebahagian dalam kalangan umat lslam yang telah melakukannya, maka ia dikira telah sempurna.

Solat jenazah telah mula disyariatkan pada peringkat awal hijrah, iaitu ketika di Madinah. Jadi, jenazah yang meninggal sebelum itu seperti Saidatina Khadijah dikebumikan tanpa disembahyangkan jenazahnya.

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan solat jenazah, antaranya adalah melalui riwayat oleh Ibnu Abbas RA, Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Tiada seorang lelaki muslim yang meninggal dunia, kemudian terdapat empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun mendirikan solat jenazah ke atasnya, melainkan Allah memberikan syafaat dari mereka buat dirinya (jenazah tersebut).” (Hadis Riwayat Muslim, no. 948)

Jadi, siapa yang mula-mula disembahyangkan jenazahnya? Menurut periwayatan, seorang sahabat yang bernama As’ad bin Zurarah ialah yang mula-mula disembahyangkan jenazah oleh Baginda SAW.

As’ad, Seorang Pemimpin Yang Disegani

As’ad bin Zurarah merupakan seorang putera kepada Zurarah bin ‘Udas bin ‘Ubadi dan Su’ad al-Furai’ah binti Rafi’ bin Muawiyah.

Ibunya merupakan ibu saudara kepada Sa’ad bin Muaz, iaitu salah seorang sahabat yang telah gugur ketika Perang Khandaq.

Diriwayatkan bahawa ayahnya merupakan seorang tokoh yang sangat disegani dari Bani al-Najjar dan pengaruh tersebut diwarisi pula oleh As’ad.

Kisah beliau masuk Islam adalah ketika beliau memasuki Kaabah untuk tawaf dan waktu itu beliau telah melihat Baginda SAW yang berdiri di Kaabah sedang menyampaikan dakwahnya.

Pada putaran yang pertama, As’ad menutup telinganya dengan kapas sebagaimana telah dinasihati oleh rakannya, iaitu ‘Utbah bin Rabiah yang menegahnya daripada mendengar ajaran Rasulullah.

Namun, pada putaran kedua, As’ad tertarik kepada ajaran tersebut setelah secara tidak sengaja terdengar ucapan yang diberikan oleh Muhammad SAW.

Kemudian, As’ad menjadi tertarik untuk mendengarnya seraya membuang kapas yang berada di telingnya dan duduk mendengar ucapan Baginda SAW.

Beliau merasa hairan kerana tiada satu pun ucapan yang diberikan itu berupa sihir atau perkara buruk sebagaimana yang diceritakan ‘Utbah sebaliknya ia merupakan ajaran dan petunjuk yang menerangi hatinya.

Kemudian, beliau telah berjumpa dengan Baginda SAW dan Baginda telah membacakan ayat dari Surah Al-An’am (6:151-154) yang akhhirnya telah membuka hatinya untuk menerima Islam.

Itulah detik permulaan beliau memeluk Islam dan sentiasa meletakkan usaha mendekati Baginda SAW untuk mempelajarinya.

Sosoknya sentiasa disegani disebabkan keberaniannya yang tidak dapat ditandingi dan juga pengaruh yang ada padanya.

Beliau telah menjadi orang Ansar pertama yang disolatkan oleh Baginda SAW di Masjid Nabawi. Beliau telah meninggal dunia sekitar sembilan bulan selepas peristiwa hijrah Baginda ke Madinah.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Ar-Raheeq al-Makhtum
Bincang Syariah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami