Inspirasi

Sesungguhnya Allah Itu Dekat

Oleh Natirah Azira  •  26 Dec 2018

Jika ada ayat yang begitu syahdu dan mengharukan khusus daripada pencipta kepada hambaNya maka ini lah ayatnya:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu…” (Al-Baqarah 2: 186)

Allah berkata bahawa Allah sentiasa dekat dengan hamba-hambanya. Dan Allah sentiasa mendengar doa-doa hambanNya. Apabila kita telah merasa dekat dengan Allah, maka kita akan merasai ketenangan serta terlindung daripada melakukan kejahatan. Harapan kepada rahmat dan kasih sayang Allah tidak akan sesekali hilang dari hati. Sebanyak mana dosa yang dilakukan, banyak lagi rahmat keampunanNya.

Allah menguji kita dengan kesulitan, musibah serta sedikit ketakutan untuk menjadikan kita sentiasa berharap dan menginginkan Allah. Masalahnya kita silap mencari jalan keluar. Kita mencari jalan keluar dengan berharap kepada dunia dan bukan daripada pencipta dunia itu sendiri.

Dekatnya Allah dengan hambaNya itu tidak bertempat dan berupa. Pejam mata dan carilah Allah dalam sela nafas kita.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami