Oleh Natirah Azira • 13 Nov 2018 • 2 min baca
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed telah melantik wanita mengisi separuh daripada jawatan dalam kabinet negara tersebut, termasuklah menteri pertahanan yang merupakan seorang wanita Muslim berhijab.
“Tindakan ini diambil bagi menunjukkan rasa hormat terhadap sumbangan wanita kepada negara ini” kata Abiy Ahmed kepada Addis Ababa, pembuat polisi di negara tersebut.
“Barisan kabinet yang baru ini diharapkan dapat membuat pembaharuan, menyingkirkan tembok birokrasi, mengusahakan inovasi dan teknologi bagi menyediakan servis yang yang lebih berkesan kepada masyarakat”
Abiy telah melantik Aisha Mohammed sebagai menteri pertahanan dan menubuhkan Kementerian Keamanan yang akan diterajui oleh Mufuriat Kami. Selain itu, Kementerian Pendapatan pula diketuai oleh Adanech Abeebe, manakala Dagmawit Moges, sebagai Menteri Pengangkutan.
Perdana Menteri Ethiopia itu juga menamakan Ahmed Shide sebagai menteri kewangan bagi membawa pembaharuan kepada kerajaan yang kini terdiri daripada 20 jawatan dalam kabinet berbanding 28 sebelum ini.
Kata Awol Allo, pakar dalam hak asasi manusia dan juga keadilan sosial di Universiti Keele kepadaThe Washington Post,
“Tindakan ini memberi mesej yang sangat besar kepada para wanita di Ethiopia bahawa suatu hari nanti, mereka juga boleh mengisi tampuk kerajaan negara itu”.
Sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Ethiopia bermula April yang lalu, Abiy Ahmed telah melakukan pembaharuan besar-besaran dalam kabinet. Beliau juga menamatkan konflik yang telah berlaku selama dua dekad dengan negara jirannya Eritrea, membebaskan ribuan tahanan politik serta melonggarkan cengkaman kerajaan ke atas ekonomi negara tersebut.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.