Inspirasi

Seorang Pengembara Buta

Oleh Ariffuddin  •  12 Jan 2015  •  5 min baca

Satu hari seorang lelaki buta berdiri di tepi tiang lampu isyarat. Abu kebetulan mahu melintas jalan memimpin tangan lelaki buta itu. “Pak Cik mahu pergi ke mana?”

Lelaki buta itu menyambut tangan Abu. “Aku nak pergi ke KLCC, ada temujanji di sana. Kamu mahu ke mana pula?”

Kisah seorang pengembara buta. [Nayeem]

Kisah seorang pengembara buta yang buat aku termenung jauh. [Nayeem]

Abu dan lelaki buta itu bergerak melalui jalur zirafah apabila lampu isyarat bertukar merah. “Kebetulan, saya juga mahu ke KLCC. Ada temuduga kerja di sana. Mari saya temankan Pak Cik hingga ke LRT.”

Mereka berdua berjalan dan berkenalan ringkas sepanjang langkah dari lampu isyarat sehingga masuk ke pintu masuk KL Sentral. “Terima kasih kerana membantu. Boleh Pak Cik tahu cita-cita kamu apa?”

Banyak mata memandang Abu yang sedang berjalan dan berbual dengan lelaki buta itu. “Dulu saya belajar kejuruteraan, sebabnya saya bercita-cita mahu jadi jurutera.”

Tersenyum lelaki yang menggalas beg hitam itu apabila dia menerima jawapan Abu.

“Itu pekerjaan, bukannya cita-cita.”

Mereka masih lagi berjalan, dia sudah nampak mesin menjual tiket LRT. Namun, jawapan balas si buta itu membuatkan langkah Abu menjadi perlahan. “Maksud Pak Cik bagaimana?”

“Pekerjaan berbeza dengan cita-cita. Pekerjaan ialah kaedah untuk kita berusaha bagi mendapatkan rezeki. Cita-cita pula jawapan kepada soalan untuk apa kita hidup sekarang ini?”

Langkah mereka berdua terhenti di depan mesin tiket LRT. Pemuda itu membeli dua tiket dari KL Sentral ke KLCC. Kemudian, perjalanan diteruskan naik ke tingkat atas mendaki tangga bergerak. “Nampaknya saya belum pernah fikirkan jawapan untuk soalan itu. Cita-cita Pak Cik pula apa?”

“Jika aku cerita nanti kamu ketawa.”

“Setiap orang ada hak untuk memiliki dan mengejar cita-citanya.”

“Aku mahu mengembara. Ada orang ketawa apabila aku kata mahu pergi mengembara. Mereka ketawa kerana aku buta. Sedangkan mereka yang ketawa itu tidak sedar, walaupun mata aku ini buta aku tahu ke mana aku mahu pergi.”

Mereka mengambil tempat dibelakang garisan kuning menunggu ketibaan tren, “Pak Cik mahu pergi ke mana? Jika menarik, saya pun mahu ikut serta.”

Si buta, “Aku tidak pergi ke mana-mana. Sebaliknya hidup aku sekarang ini adalah pengembaraan. Disebabkan aku mahu jadikan syurga sebagai destinasi terakhir.

Aku perlu mengembara di dunia ini bagi mengumpul bekalan selagi aku masih ada upaya? Cita-cita aku adalah syurga.”

Kita Penggembara Buta atau Pengembara Celik?

Tuan-tuan, adakah kita ini pengembara buta? Adakah kita tahu untuk apa kita dilahirkan, dibesarkan, diberikan ilmu, kemudian menjadi dewasa, tua dan akhirnya pengembaraan kita di dunia tamat selepas berjumpa Izrail.

Jika kita ingat semula cerita di atas ini tadi. Ramai orang yang ketawa kepada si buta itu. Sedangkan, orang yang ketawa kepadanya itu juga sebenarnya tidak jelas ke mana destinasi akhir yang mereka mahu tuju.

Jika kita tonton di media, setiap kali keputusan peperiksaan sekolah diumumkan ramai pelajar akan menjawab mereka mahu jadi seseorang. Ada yang mahu jadi doktor, guru, saintis, jurutera. Mereka tahu hala tuju hidup mereka selepas meninggalkan sekolah.

Namun, sebaik saja menjadi dewasa ke mana pula hala tuju mereka yang seterusnya? Seorang pemuda yang berjiwa besar, dalam fikirannya perlu ada jawapan kepada soalan kenapa dia hidup di dunia ini.

Dengan jawapan itu, apa saja tindakan dan keputusan yang diambil dia akan menilai terlebih dahulu risiko yang akan dihadapi. Apakah tindakannya itu nanti bakal membawa dia ke destinasi yang dia rancangkan ataupun dia bakal memilih jalan lain?

Bagaimana Mahu Menetapkan Matlamat?

Matlamat utama kita hidup adalah syurga. Itu paling utama. Matlamat kedua dan seterusnya akan datang dan ditapis dengan sendirinya sebaik saja matlamat utama ini dikejar.

Mengapa pula saya katakan begitu? Mari kita cuba, seorang pemuda yang menetapkan syurga sebagai matlamat tetinggi pasti akan belajar dan berusaha mengamalkan akhlak Rasulullah s.a.w.

Matlamat yang kita tetapkan akan membentuk diri kita. [Michael]

Matlamat yang kita tetapkan akan membentuk diri kita. [Michael]

Kita ambil pula sunah yang paling mudah dan sering diamalkan dalam kehidupan setiap hari. Baca doa sebelum makan. Pemuda itu tadi disebabkan mahu mendapatkan syurga, dia akan membaca doa sebelum makan dan minum.

Satu hari, disebabkan kerjanya bagus dia telah dihantar untuk menguruskan cawangan syarikat di luar negara. Di negara luar itu, setiap hari selepas habis waktu kerja budaya mereka adalah pergi berkaraoke dan minum arak.

Apa akan jadi jika pemuda ini matlamatnya adalah dunia semata-mata. Hidupnya untuk berjaya, dinaikkan pangkat, dapat gaji yang tinggi dan kerja yang stabil. Adakah dia akan menerima jemputan meminum arak bersama rakan sekerjanya?

Dia ada pilihan kerana di sana dia tidak ada keluarga yang akan menegur. Jabatan Agama Islam juga langsung tidak ada, line clear. Adakah dia akan minum arak itu? Saya tidak tahu.

Bagaimana pula sekiranya pemuda itu tadi matlamat utama hidupnya adalah syurga. Disebabkan semenjak muda dia sudah terbiasa mengamalkan akhlak membaca doa sebelum makan, sebaik saja dia mahu minum arak itu dia akan membaca doa sebelum makan dan minum.

Pada masa itu apa pula tindakannya? Saya juga tidak tahu.

Benar, kita tidak dapat jangka apa tindakan yang mereka akan ambil. Namun, apabila kebiasaan yang baik menjadi amalan seharian. Insya-Allah, tanpa diminta dan diarahkan ia akan berlaku dengan sendirinya.

Hati-hati dengan kata-kata, ia akan jadi kebiasaan. hati-hati dengan kebiasaan, ia akan jadi tindakan. hati-hati dengan tindakan, ia akan menentukan akhir kehidupan.

Jadi Apa Yang Saya Perlu Buat?

1. Tetapkan matlamat utama hidup kita adalah syurga.
2. Senaraikan matlamat hidup kedua dan seterusnya.
3. Bertindak.
4. Usaha untuk mencapai semua matlamat hidup bagi mendapatkan matlamat utama.

“Sebelum mula menggembara kita perlu tahu di mana destinasi terakhir. Supaya kita dapat bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi di sepanjang perjalanan itu.” #HajiDell


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ariffuddin

Ariffuddin

Beliau merupakan seorang usahawan dan penulis yang telah menghasilkan beberapa karya buku seperti Usahawan Cilik, Beruslah Gigi, 23+1 Amalan Penulis Novel Bestseller dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami