Berita

Seorang Jutawan Muslim Yang Memberikan Seluruh Hartanya Untuk Kebajikan Baru Meninggal Dunia Kerana Kanser

Oleh Tim Tazkirah  •  4 Jun 2018  •  2 min baca

Baru sahaja pada 2015 yang lalu, seorang jutawan Muslim Ali Banat telah didiagnos dengan kanser, satu diagnosis di mana beliau menganggapnya sebagai satu titik perubahan untuk menggunakan hartanya ke arah yang positif.

Beliau diberitahu hanya mempunyai tujuh bulan sahaja lagi untuk hidup, tetapi Banat- dari Sydney, Australia telah bertahan lebih dari dua tahun mengatasi jangkaan doktor. Beliau meninggal dunia awal minggu lalu, tetapi dermawan dan bekas ahli perniagaan ini telah menghabiskan tahun-tahun terakhirnya dengan membantu umat Islam yang kurang bernasib baik di seluruh dunia, di samping berjuang melawan kesakitan yang dialaminya.

Beberapa tahun sebelum diagnosis itu, Banat hidup dalam kemewahan yang dipenuhi dengan deretan kereta mewah, pakaian berjenama dan pelbagai lagi barangan berharga. Tetapi sebaik sahaja menyedari tentang penyakit yang dihidapinya, beliau berkata beliau mula menyedari bahawa selama ini beliau mengejar tujuan dan makna hidup yang salah.

Dalam sebuah dokumentari pendek yang dimuat naik ke saluran YouTube OnePath Network, Ali berkata penyakit beliau sebenarnya adalah merupakan satu “hadiah” kepada dirinya.

Sewaktu ditanya mengapa beliau berkata demikian, beliau menjawab:
Ia adalah hadiah kerana Allah s.w.t telah memberikan saya satu peluang untuk berubah.

Selepas menerima diagnosis itu, Banat segera menjual perniagaannya dan pergi ke Togo, Afrika, sebuah negara di mana 55 peratus penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan. Walau bagaimanapun, keadaan telah banyak berubah sejak tahun 2008, di mana UNICEF telah melaporkan 80 peratus rakyat di sana hidup dalam kemiskinan.

Negara tersebut juga mempunyai penduduk Islam yang besar dengan statistik yang berbeza-beza, tetapi dianggarkan bahawa antara 12 hingga 20 peratus penduduk di sana merupakan orang Islam. Terkesan dengan perjalanannya itu, Banat dengan segera memutuskan untuk menggunakan wangnya bagi membina sebuah masjid dan sekolah untuk kanak-kanak tempatan. Beliau kemudiannya telah meluaskan skop kebajikan ini dengan melancarkan satu projek yang dikenali sebagai Muslim Around The World (MATW).

Projek ini mempunyai beberapa sasaran lain, yang disenaraikan di laman rasmi GoFundMe; bukan sahaja sebuah kampung akan disediakan untuk 200 ibu tunggal, sebuah pusat kesihatan mini dan beberapa siri perniagaan yang bertujuan untuk memberi sokongan kepada masyarakat tempatan, juga akan disediakan.

Semua dana akan dibahagikan kepada tiga projek tersebut, yang kesemuanya bertujuan untuk memberi penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi kemiskinan.

Sepanjang tiga tahun yang lalu, hampir lebih RM3,000,000 telah dikumpul, dan lebih banyak sumbangan diterima kini bagi mengingati usaha seorang dermawan bernama Banat.

Penulis: Jake Hall / Penterjemah: Nordiana Ali / Sumber: Independent

Kredit Gambar: The Muslim Tube


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami