Inspirasi

Sentiasalah Mencari Kebaikan Di Sebalik Keburukan

Oleh Natirah Azira  •  7 Feb 2020

(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari, dibawakan oleh Cocombee)

Pada suatu hari Nabi Isa AS dan para pengikutnya berjalan melalui bangkai binatang. Pengikut-pengikutnya mengatakan betapa buruk dan busuknya bangkai tersebut.

Tetapi apa yang dikatakan oleh Nabi Isa?

“Alangkah cantik dan putihnya gigi bangkai ini”

Sekalipun banyak keburukan yang ada pada bangkai tersebut, namun baginda tetap memandang perkara baik yang ada padanya.

Mengapa? Kerana kesucian yang ada di hatinya sangat dalam sehingga pandangannya terhadap alam juga menjadi baik. Kebaikan serta keindahan lebih dicari berbanding keburukan yang ada pada sesuatu perkara. Wallahua’lam.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami