Tokoh

Sengatan Kala Jengking Tidak Dihirau Kerana Menghormati Hadis Nabi

Oleh Natirah Azira  •  14 Mar 2019  •  2 min baca

Diceritakan bahawa Imam Malik seorang yang menjaga peribadi dan kualiti penampilannya. Beliau tidak akan memakai jubah yang sama dan akan sentiasa menukar jubah yang dipakainya setiap hari. Beliau juga memakai wangian yang berkualiti.

Sama hal nya apabila Imam Malik mengajarkan ilmu kepada orang ramai. Beliau akan menjaga kualiti dalam pengajian ilmu yang disampaikan. Sebelum mengajarkan hadis, Imam Malik akan memastikan dirinya dalam keadaan berwuduk dan tidak akan berhenti selagi tidak habis masa atau masuk waktu solat.

Pada suatu hari, saat Imam Malik sedang mengajar, riak mukanya berubah. Dan hal itu disedari oleh anak-anak muridnya antaranya Abdullah bin Mubarak. Tetapi Imam Malik tidak berhenti daripada pengajarannya.

Abdullah bin Mubarak lalu mendekati gurunya dan menegur bahawa riak mukanya nampak benar-benar berbeza seperti ada yang mengganggu.

Lalu Imam Malik menyuruh Abdullah bin Mubarak memeriksa di dalam jubah di bahagian belakang badannya. Muridnya melakukan seperti yang disuruh lalu terjatuhlah seekor kala jengking. Dan apabila diperiksa beliau rupanya telah disengat di 17 tempat yang berbeza.

Lalu anak muridnya berkata, “Mengapa anda tidak berhenti daripada mengajar hadis!”

Imam Malik menjawab bahawa beliau tidak tahu apa benda tersebut, dan beliau terlalu khusyuk mengajarkan hadis Rasulullah SAW. Dan jika berhenti kerana hal kecil tersebut, beliau khuatir tidak menghormati hadis Rasulullah SAW.

Lihatlah bagaimana Imam Malik benar-benar menjaga adab ketika menuntut ilmu. Berbeza sekali dengan kita pada masa sekarang. Apabila sedang mengulang kaji pelajaran sekali pun, di depan mata terbuka buku, di sebelah pula laptop, sambil tangan memegang telefon menatal media sosial.

Akhirnya minda tidak dapat fokus dan ilmu tidak benar-benar dapat diserap oleh akal dan jiwa. Tanpa kita sedari kualiti ilmu tidak diperoleh sepenuhnya.

Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada kisah tersebut, seterusnya berazam untuk menambah baik kualiti serta adab dalam menuntut ilmu. InsyaAllah.

Sumber: Ebrahim College


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami