Hukum

Sendawa Di Dalam Solat – Bolehkah?

Oleh Fizah Lee  •  24 Jun 2020  •  2 min baca

Sendawa merupakan tindak balas semula jadi oleh badan untuk mengeluarkan angin atau gas daripada perut atau dari sistem penghadaman bagi mengurangkan rasa tidak selesa.

Punca sendawa boleh jadi disebabkan kekenyangan yang disebut sebagai aerofagia, iaitu udara yang ditelan semasa makan. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor penyakit dan juga ubat-ubatan.

Pendek kata, sendawa atau angin yang keluar daripada badan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Adapun, ketika sendawa, perlu ditekankan adab yang dianjurkan agar tidak menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang-orang sekeliling.

Sama ada sendawa yang dilakukan itu adalah di dalam atau di luar solat, ada adab dan kesopanan yang perlu dijaga.

Tidak berdosa jika sendawa itu dilakukan secara kuat, namun ia boleh menimbulkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu orang sekeliling.

Begitu juga dengan hukum sendawa di dalam solat. Ia tidaklah sehingga membatalkan solat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu ditekankan seperti;

#1 – Tidak Mengeluarkan Bau – Jika sendawa tersebut mengeluarkan bau dan boleh mengganggu jemaah lain, ia boleh bertukar menjadi hukum makruh.

#2 – Tidak Mengeluarkan Kata-Kata – Tidak boleh sendawa sehingga mengeluarkan ucapan selain daripada bacaan yang dibaca di dalam solat. Ia boleh menyebabkan batalnya solat.

#3 – Cuba Untuk Menahan Daripada Bunyi Yang Kuat – Seeloknya, cubalah untuk bersendawa dengan tidak mengeluarkan bunyi, atau boleh juga ditahan bunyi itu agar tidak terlalu kuat.

Syeikh Abdullah bin Aqil berkata – “Imam Ahmad menyebut melalui riwayat Abu Thalib: “Apabila ada orang bersendawa ketika solat, hendaknya dia mengangkat kepalanya ke atas sehingga udaranya hilang.” Kerana, jika tidak menengadah, ia boleh mengganggu orang di sekitarnya kerana bau mulutnya.” Beliau berkata: “Ini adalah sebahagian daripada adab.”

Tuntasnya, hukum sendawa dalam solat adalah dibolehkan, namun ia tidak boleh dipandang ringan. Bimbang jika ia boleh menimbulkan hukum makruh di dalam solat.

Wallahu a’alam

Sumber:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami