Inspirasi

Sedarkah Kita Apabila Nikmat Bertukar Menjadi Musibah

Oleh Natirah Azira  •  3 Sep 2020  •  2 min baca

Manusia mana yang tidak mahukan rezeki, kesihatan, kebahagiaan dalam hidupnya? Itu semua adalah bentuk-bentuk nikmat berharga, bukan kemewahan dan kekayaan sahaja. Banyak perkara yang boleh dilakukan tanpa halangan jika ada nikmat-nikmat tersebut.

Namun, apa guna nikmat yang banyak, jika akhirnya ia menjauhkan kita daripada jalan kebenaran. Apa gunanya jika ia menjauhkan diri daripada Pencipta nikmat-nikmat tersebut, Allah SWT.

Kita sihat namun tidak solat.

Kita ada lebihan wang tetapi tidak bersedekah.

Kita ada kelapangan masa, namun tidak digunakan untuk menyantuni ibu bapa.

Akhirnya, nikmat-nikmat tersebut berubah menjadi ujian dan musibah yang mengheret kita ke lembah kekufuran.

Dinukilkan bahawa Abu Hazim ada berkata bahawa,

كُلُّ نِعْمَةٍ لاَ تُقَرِّبُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، فَهِيَ بَلِيَّةٌ

“Setiap nikmat yang tidak digunakan untuk mendekatkan diri pada Allah, itu hanyalah musibah.”

Dan orang yang tidak mendekatkan diri kepada Allah dengan menggunakan nikmat yang telah diberikan adalah orang yang tidak bersyukur. Bahkan, mereka menambah lagi dengan melakukan dosa dan kemaksiatan yang lainnya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Ketika mereka tidak mengambil pelajaran dari kemiskinan dan sakit yang Kami timpakan kepada mereka, Kami uji mereka dengan rezeki yang banyak. Kami bukakan semua pintu untuk memperoleh rezeki tersebut. Hingga, pada saat mereka senang dan tidak bersyukur dengan apa yang Kami berikan kepada mereka, datanglah azab dengan tiba-tiba. Maka mereka lalu bingung, putus asa, dan tidak mendapatkan jalan keselamatan.” (Surah al-An’am 6:44)

Dalam makna lain, bentuk-bentuk kenikmatan ini telah bertukar menjadi istidraj (pesona atau tipu daya) buat mereka.

Al Hasan ada berkata bahawa betapa ramai orang yang terkena fitnah dengan cara dipuji dan betapa ramai orang yang terpedaya dengan cara ditutupi aibnya.

Semakin Allah menutup aibnya, semakin dia melakukan dosa. Semakin dia dikenali oleh manusia dan disanjung, semakin dia bangga dan merasakan bahawa perkara itu semua diperoleh hanya kerana hasil usahanya.

Justeru berhati-hatilah ketika Allah telah memberikan banyak nikmat pada kita tetapi kita masih selesa melakukan dosa. Ia barangkali nikmat yang telah bertukar menjadi cubaan dan tipudaya.

“Wahai para murid, takutlah terhadap kurniaanNya kepadamu dalam bentuk kesihatan, kelapangan, rezeki yang melimpah ruah, di tengah-tengah kederhakaan terhadapNya berupa kelalaian dan kecuaian.” (Syeikh Zarruq, Kitab Iqaz Al-Himam fi Syarh Al-Hikam)

Sumber rujukan:

Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami