Gaya Hidup

Sayangi Diri Anda – Ketahui Bagaimana Cara Mudah Mengawal Emosi

Oleh Fieyzah Lee  •  8 Oct 2019  •  3 min baca

Kadang-kadang kita gagal untuk mengawal emosi dan perasaan yang hadir sehingga ada dalam kalangan manusia yang sanggup bergaduh kerana terikutkan emosi yang membuak-buak.

Seseorang itu juga cenderung untuk menjadi kelam-kabut apabila berhadapan dengan situasi yang panik, mudah untuk berfikir negatif dan pelbagai lagi emosi buruk yang hadir dalam diri terutamanya apabila tiada keyakinan diri.

Semua itu datang dari dalam diri sendiri apabila berhadapan dengan sesebuah situasi yang tidak mampu dikawal. Malah, menurut Dr Barbara Fredickson, seorang ahli psikologi mengatakan bahawa pilihan dan gaya hidup ini bergantung dari dalam diri kita sendiri.

Jika anda memilih untuk menjadi positif, maka ia akan membawa kepada pemikiran yang lebih proaktif dan inovatif. Namun, jika anda kerap berfikir mengenai perkara-perkara negatif, akhirnya ia akan merugikan diri anda sendiri.

Entri kali ini akan mengongsikan mengenai bagaimana cara yang betul untuk lebih mudah menagawal emosi bagi mempersiapkan diri menghadapi perkara yang tidak disangka.

#1 – Mengawal Minda

Emosi datang daripada minda separa sedar, jadi secara tidak langsung ia tidak boleh dihalang. Cara yang betul ialah mengawalnya.

Untuk mengawalnya mudah sahaja, anda perlu mencari ketenangan sama ada dengan mendiamkan diri atau cuba lari sebentar dari masalah dan pastikan anda kembali untuk menyelesaikannya.

Penulis teringat akan sebuah babak melalui filem Joker yang baru ditayangkan, iaitu wataknya yang akan menari atau mendiamkan diri ketika sedang marah atau takut. Hasilnya, watak tersebut akan cuba bercakap secara rasional bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Banyak cara lain yang boleh dilakukan sama ada dengan melihat air yang mengalir, mendengar alunan muzik yang menenangkan atau menatap langit yang luas.

Bagi yang beragama Muslim, mungkin boleh mencuba untuk sentiasa mengambil dan menjaga wuduk, berzikir atau berselawat. Secara tidak langsung, ia adalah salah satu ikhtiar untuk mengelakkan daripada bisikan syaitan.

#2 – Fikir Perkara Yang Baik-Baik

Mulakan hari anda dengan berfikir perkara yag baik-baik dan memuji diri sendiri seperti ‘aku cantik hari ini, jadi keyakinan aku untuk membentang laporan hari ini pasti berjaya’ atau ‘jangan risau dengan keburukan yang mendatang kerana aku pasti boleh hadapinya’ dan pelbagai lagi.

Ia sekali gus boleh meningkatkan mood anda untuk hari tersebut. Ukir senyuman agar secara tidak langsung anda turut menyebarkan aura positif kepada orang sekeliling anda.

#3 – Terima Kelemahan Dan Maafkan Diri Sendiri

Setiap manusia punya kekurangan kerana tiada yang sempurna. Namun, yang membezakan seseorang adalah bagaimana cara yang betul untuk mengawal kekurangan tersebut supaya ia menjadi seperti lesung pipit, sejenis cacat yang cantik.

Memaafkan diri sendiri adalah sebagai sebuah langkah pertama untuk mengosongkan jiwa dan minda daripada perkara-perkara yang negatif.

Jika anda boleh menerima kelemahan diri sendiri, pasti anda akan mudah untuk memaarkan dan menghargai manusia sekeliling.

#4 – Belajar Bersabar

Sabar merupakan lambang kekuatan jiwa. Setiap orang punya masalah, namun bagaimana cara seseorang itu mengawal emosi ketika menghadapi masalah itulah yang membezakan kita.

Sabar ialah perkara terbaik yang boleh dilakukan dan banyak manfaat yang akan didapati. Anda akan lebih mudah membuat keputusan dengan rasional dan baik.

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Maksud: “Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin Seluruh urusannya itu baik dan ia tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka ia bersyukur, itu baik baginya. Jika mendapat kesusahan, maka ia bersabar. Itu juga baik baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2999)

Kesimpulan

Anda akan terus menyakiti diri sendiri jika terlalu ikutkan emosi. Ia seolah-olah anda menyerah dengan emosi dan membiarkan diri anda dikawal olehnya. Sedangkan yang mengawal diri kita adalah minda sendiri.

Cuba untuk jadikan empat ritual di atas sebagai salah satu cara mengawal emosi ke arah lebih rasional. Jangan biarkan emosi yang mengawal anda sebaliknya andalah yang berkuasa untuk mengawal emosi sendiri.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami