Berita

Satu Lagi Negara Kesatuan Eropah Melarang ‘Pakaian Menutup Muka’

Oleh Tim Tazkirah  •  1 Jul 2018  •  1 min baca

The Hague – Belanda telah meluluskan sekatan terhadap ‘Pakaian Menutup Muka’ ketika berada di bangunan awam. Larangan ini termasuklah topeng ski, topi keledar, burqa dan niqab tetapi tidak tertakluk kepada tudung yang hanya menutup rambut.

Parlimen Belanda telah membuat kelulusan terakhir mengikut undian pada hari Selasa lepas. Perkara ini pasti menggembirakan batu api politik parti sayap kanan Geert Wilders, di mana beliau telah menyokong kuat pengharaman ini lebih daripada sedekad lalu.

Namun, kerajaan menggambarkan Undang-undang Belanda sebagai ‘neutral agama’ dan tidak mengetatkan larangan tersebut seperti mana negara Perancis dan Belgium yang mengharamkan pemakaian itu di negara mereka.

Tidak ramai sebenarnya wanita Muslim di Belanda yang memakai niqab atau burqa dan sekatan ini hanya terpakai di tempat seperti pengangkutan awam, institusi pendidikan, hospital dan bangunan kerajaan.

Penulis: AP / Penterjemah: Nur Ismalina Haris / Sumber: CBS News

Kredit Gambar: CBN News


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami