Gaya Hidup

Sambutan Hari Lahir – Antara Tahun Masihi Atau Hijrah

Oleh Fieyzah Lee  •  7 Oct 2019  •  2 min baca

Setiap orang mempunyai dua tarikh lahir – dalam kalendar Masihi dan juga kalendar Hijrah. Selalunya, masyarakat kita akan menyambut hari lahir mengikut kalendar Masihi.

Amat jarang kita mendengar ada golongan yang menyambut hari lahir mengikut kalendar Hijrah. Ia mungkin berlaku kerana keadaan sekeliling yang terikut-ikut dengan budaya barat.

Sedangkan, setiap tahun kita akan menyambut hari kelahiran Baginda SAW mengikut tarikh Islam, iaitu setiap Rabiul Awal.

Jadi, adakah amalan ini menyalahi norma agama kita sebagai umat Islam dan apakah hukumnya jika melebihkan tarikh Masihi berbanding dengan Hijrah.

Sebenarnya tarikh ini sudah lama menjadi isu dan perbincangan netizen, bermula dengan sambutan tahun baru lagi.

Tahun Masihi menjadi rujukan bagi kelahiran Nabi Isa manakala tahun Hijrah merupakan kiraan awal Baginda dan umatnya berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Menurut Prof Madya Dr Ramzah Dambul, seroang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) berpendapat bahawa ia tidak menjadi permasalahan utama sama ada untuk menyambut mengikut tahun Islam atau tidak.

Kita hidup dalam kalangan masyarakat majmuk. Memang menjadi kemestian untuk menegakkan agama Islam dalam setiap perbuatan yang dijalankan.

Namun, tidak perlu menjadikan ia sebagai isu yang besar sehingga menimbulkan pergaduhan dan permaslahan.

Yang paling penting ialah, sejauh mana perkara yang diraikan itu mengikut hukum dan syariat Islam. Tiada guna jika menyambut ulang tahun kelahiran megikut waktu Islam namun masih lagi memasukkan unsur-unsur lalai dan perkara yang tidak patut dilakukan.

Bergantung kepada gaya hidup seseorang untuk menyambut mengikut tarikh Islam atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk meletakkan tarikh Islam sebagai suatu ingatan juga untuk tarikh-tarikh istimewa anda.

Ia sekurang-kurangnya boleh membantu memartabatkan Islam dengan sedikit usaha kecil itu.

Wallahu a’lam.

Rujukan:
Sambutan Tahun Baru


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami