Tokoh

Saidina Ali Didoakan Supaya Dimuliakan Oleh Rasulullah

Oleh Fieyzah Lee  •  9 Jan 2020  •  3 min baca

Ali bin Abi Thalib merupakan sepupu Rasulullah SAW. Nama penuh beliau ialah Ali bin Abi Thalib bin Abd Al-Mutthalib bin Hasyim bin Abd Manaf Al-Quraisy Al-Hasyimi Al-Makki Al-Madani Al-kufi.

Beliau merupakan khalifah pertama daripada kalangan Bani Hasyim dan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam selepas Siti Khadijah dan juga Abu Bakar As-Siddiq.

Beliau telah dilahirkan pada bulan Jamadil Awal tahun 602 Masihi, iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi Muhammad SAW diangkat sebagai rasul.

Rasulullah telah menggelarnya sebagai Abu Hasan dan Abu Thurab serta didoakan sebagai karamah allahu wajhah yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala.

Keakrabannya dengan Baginda SAW adalah disebabkan beliau yang merupakan anak angkat Baginda dan dididik secara terus di rumah Rasulullah. Jiwanya bersih dan tidak dicemari dengan jahiliyah. Dikhabarkan bahawa Baginda SAW telah mengambilnya sebagai anak angkat ketika berumur lingkungan dua hingga tiga tahun.

Beliau telah berkahwin dengan Fatimah binti Muhammad dan sepanjang perkahwinannya, beliau tidak menikah dengan orang lain. Pernikahan lain hanya berlaku selepas kematian Saidatina Fatimah dan ia tidak dilakukan serentak kerana pada waktu itu, Islam menetapkan hanya boleh berkahwin 4 orang dalam satu masa sahaja. Diceritakan melalui beberapa riwayat bahawa, jumlah isteri beliau seramai sembilan orang sepanjang hayatnya.

Hasil perkahwinan beliau dengan Fatimah, mereka dikurniakan Saidina Hassan dan Hussin yang juga merupakan cucu kesayangan Baginda SAW.

Peribadi Saidina Ali

Kisah keberanian Saidina Ali terkenal apabila beliau sanggup untuk menggantikan Rasulullah SAW untuk berada di tempat tidurnya ketika peristiwa hijrah pertama umat Islam.

Beliau juga berani dalam menyertai beberapa peperangan yang pernah berlaku seperti Perang Siffin dan Perang Jamal. Malah, dikatakan juga beliau mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dan sentiasa berfikir jauh ke hadapan sebeleum membuat sebarang keputusan.

Kebolehan ini telah banyak membantunya dalam menjalinkan persahabatan, berinteraksi dalam majlis-majlis mesyuarat dan juga menyelesaikan masalah.

Walaupun mempunyai kebolehan yang tinggi dan pertalian darah dengan Baginda SAW, namun beliau tidak pernah meninggi diri dan sentiasa zuhur. Setiap langkah yang diambil, beliau sentiasa mencari dan mementingkan keredaan Allah agar tidak mementingkan dunia semata-mata dan dapat mengejar akhirat.

Disebabkan itu, beliau telah dilantik menjadi khalifah dengan lantikannya pada tahun 656 Masihi. Beliau telah menjadi khalifah keempat yang menggantikan Saidina Uthman yang telah wafat akibat dibunuh di rumahnya sendiri.

Beliau sanggup menerima jawatan sebagai khalifah pada masa itu walaupun terdapat kegoyahan yang menyebabkan kepada bermulanya titik pertukaran politik negara Islam akibat perebutan kuasa.

Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan masalah tersebut sehingga akhirnya dibunuh oleh Abdul Rahman bn Muljan di Kufah pada 17 Ramadan tahun 41 Hijrah.

Sifatnya yang adil, zuhud dan bertanggungjawab menjadikan beliau sebagai pemimpin yang sentiasa disegani. Walaupun pada waktu itu wujud pelbagai agenda untuk menjatuh dan memecah-belahkan Islam, namun beliau tetap berjuang sehingga akhir.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Research Gate
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami