Tokoh

Rumah Al-Arqam Sebagai Markas Penyebaran Islam

Oleh Fizah Lee  •  28 Nov 2019  •  2 min baca

Menelusuri sejarah penyebaran dakwah Baginda dalam Islam, ia dimulai dengan penyebaran secara rahsia dengan menyebarkan kepada mereka yang rapat seperti ahli keluarga.

Apabila Islam dilihat boleh diterima dalam kalangan mereka, Allah telah menurunkan wahyu untuk menyebarluaskan lagi Islam, Nabi Muhammad mula untuk menyampaikannya kepada golongan hamba dan ahli keluarga para sahabat yang terawal memeluknya.

Proses dakwah Baginda yang kedua ini adalah sebelum Islam disebarluaskan secara terbuka dan digelar sebagai sistem dakwah berpusat.

Strategi dakwah ini telah dilakukan di rumah Al-Arqam sebagai pusat penyebaran dakwah yang pertama sekali gus ia menjadikan tempat orang Islam berkumpul.

Rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam Al-Makhzumi terletak di atas Bukit Safa. Kedudukannya yang agak terpencil menjadikan ia tempat yang selamat daripada ancaman kaum Musyrikin Mekah.

Al-Arqam merupakan antara sahabat terawal yang memeluk Islam. Malah, dikatakan beliau merupakan penganut Islam yang ketujuh dalam kalangan as-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terawal) mengucapkan kalimah syahadah.

Bapanya ialah Abd Manaf ibn Asad atau lebih dikenali sebagai Abi Al-Arqam dan ibunya ialah Umama binti Al-Harith.

Al-Arqam telah berkahwin dengan Hind binti Abdullah dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Umayya dan Maryam.

Menurut sejarah, beliau telah mula memeluk Islam ketika berusia 16 tahun. Al-Arqam yang berasal daripada Bani Makhzum dianggap sebagai pemuda mentah oleh golongan kafir Quraisy.

Disebabkan itu, tiada sesiapa yang terfikir rumah beliau dijadikan sebagai tempat berkumpul umat Islam dan penyebaran dakwah. Malah, keislaman beliau juga tidak diketahui oleh golongan kafir tersebut.

Oleh hal yang demikian, Baginda dan para sahabat telah memanfaatkan sepenuhnya rumah beliau dan menjadikan ia sebagai tempat yang strategik.

Rumah Arqam juga disebut sebagai Darul Islam (Rumah Islam) dan ia merupakan madrasah pertama yang terbentuk.

Beliau telah memeluk Islam setelah diajak dan didakwah oleh Abu Bakar RA dan merupakan salah seorang sahabat yang menyertai hijrah ke Madinah.

Selain itu, beliau turut terlibat dalam beberapa peperangan yang terjadi seperti Perang Badar dan Perang Uhud.

Beliau telah meninggal dunia pada zaman pemerintahan Muawiyyah, iaitu pada tahun 675 M.

Rujukan:
Sirah Nabawiyah
Strategi Kepimpinan Rasulullah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami