Gaya Hidup

Risau Menjadi Mangsa Penipuan? Ini Langkah Yang Boleh Diambil

Oleh Fizah Lee  •  21 Oct 2020  •  2 min baca

Sejak akhir-akhir ini ruangan berita kecoh dengan kegiatan penipuan secara atas talian. Ia berikutan salah satu kegiatan penipuan yang sejak dulu bergiat aktif telah ditumpas.

Pasti, apabila terdengarnya berita-berita ini, anda sedikit lega kerana sekurang-kurangnya pihak berkuasa telah berjaya menumpaskan mereka.

Namun, sifat berhati-hati itu perlu sentiasa diterapkan dan langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil.

Setidaknya, kita mengambil pengajaran daripada kisah-kisah mereka yang pernah menjadi mangsa penipuan ini, iaitu apabila terlalu percaya dan tidak berhati-hati.

Entri kali ini akan memberikan kepada anda beberapa tips yang boleh diambil bagi mengelakkan diri terjatuh dalam kancah penipuan ini.

#1 – Kenal Pasti Penipu

Biasanya, penipu sering kali menyamar sebagai orang yang anda mudah percaya seperti pegawai kerajaan, badan organisasi atau ada juga yang menjadi ahli keluarga sendiri mahupun rakan terdekat.

Jadi, kenal pasti dahulu orang yang menghubungi anda sama ada melalui talian telefon mahupun di media sosial.

#2 – Gunakan Kemudahan Internet Untuk Membuat Talian

Sebenarnya, perkara paling mudah yang anda boleh lakukan adalah dengan membuat carian melalui internet.

Taip sahaja nama syarikat yang diperkenalkan untuk memastikan sama ada ia benar-benar wujud atau tidak.

#3 – Lihat ID Pemanggil

Berhati-hati apabila mendapat panggilan daripada pemanggil yang tidak dikenali terutamanya apabila ia adalah daripada nombor yang tidak berdaftar di dalam Malaysia.

Dan jika pemanggil itu menyebutkan mengenai perkara yang tidak pernah anda lakukan seperti memenangi peraduan yang tidak pernah anda sertai atau mempunyai saman yang tidak pernah anda dapat, terus putuskan panggilan tersebut.

#4 – Beritahu Perkara Ini Kepada Orang Yang Dipercayai

Jika anda masih ragu-ragu dengan perkara itu, tanya seseorang yang anda percaya untuk meminta pandangan mereka.

Atau, yang paling mudah, anda boleh rujuk sendiri kepada pakar atau organisasi yang disebutkan.

#5 – Abaikan

Langkah paling mudah ialah abaikan mesej-mesej atau panggilan yang berkali-kali sampai kepada anda jika anda yakin bahawa ia adalah salah satu aktiviti penipuan

Kesimpulan

Nampak sebagai sebuah berita yang menyeronokkan apabila anda mendapat panggilan tentang memenangi peraduan atau mungkin juga boleh memberikan kegusaran kepada anda jika tiba-tiba mendapat tahu bahawa anda mempunyai saman tertunggak.

Namun, jangan terlalu gembira atau panik dulu. Kawal perasaan anda dengan bertenang untuk berfikir secara rasional.

Hal ini adalah untuk mengelakkan anda daripada termasuk dalam senarai mangsa penipuan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami