Berita

Ringkasan Isu Malaysia Menyekat Penglibatan Atlet Israel Dalam Kejohanan Renang

Oleh Natirah Azira  •  30 Jan 2019  •  2 min baca

Pada 20 Januari yang lalu, seorang pengguna Twitter bernama Muslim Imran telah memuat naik video yang menunjukkan bendera Palestin dan Malaysia dikibarkan di Padang Yarmouk, Gaza bersama slogan menyokong Tun Mahathir, Datuk Saifuddin dan juga Syed Saddiq.

Tindakan itu dibuat bagi menunjukkan rasa terima kasih kepada Malaysia kerana telah menunjukkan sokongan kepada Palestin dengan tidak membenarkan atlet renang Paralimpik Israel menyertai Kejohanan Renang Para Dunia yang sepatutnya diadakan di Kuching, Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos akan datang.

Setelah seminggu ianya berlaku, komen netizen di sosial media tentang isu ini masih belum reda. Terbaru Bart Kiziriowski, bekas perenang Olimpik menolak tawaran lumayan untuk menjadi jurulatih renang kebangsaan kerana menganggap keputusan Malaysia yang tidak membenarkan penglibatan warga Israel menyertai kejohanan sukan di Malaysia adalah suatu tindakan yang tidak patut.

Beliau ‘diserang’ oleh rakyat Malaysia di media sosialnya. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq pula menegaskan bahawa sebagaimana Kiziriowski mempunyai pendirian, rakyat Malaysia juga bebas bersuara menyatakan pendirian mereka dengan menyokong keputusan ini.

Keputusan untuk menghalang penyertaan sesebuah negara dalam kejohanan sukan bukanlah pertama kali berlaku. Sebelum ini, Afrika Selatan juga pernah dihalang menyertai kejohanan Sukan Olimpik 1964 di Tokyo kerana sistem aparteid (sistem diskriminasi bangsa) yang diamalkan oleh negara mereka.

Israel juga pernah melakukan hal yang sama dengan menghalang atlet-atlet Palestin yang ingin keluar daripada negara mereka untuk menyertai apa-apa pertandingan kerana sempadan negara Palestin dikawal oleh Israel. Malah atlet luar yang ingin masuk ke Palestin juga mestilah meminta kebenaran daripada Israel.

Menteri Belia dan Sukan tersebut juga berkata bahawa perbuatan Israel yang mengamalkan jenayah perang lebih teruk lagi daripada tujuh negara yang pernah dihukum oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Menurut laporan akhbar Berita Harian Online, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah juga menegaskan Malaysia mengenakan sekatan yang kekal ke atas warga Israel yang ingin menyertai apa-apa acara sukan yang dianjurkan oleh Malaysia.

Malah Tun Mahathir Muhammad juga lantang menegaskan pendirian Malaysia tentang isu berkenaan penyekatan ini ketika berucap di Kesatuan Oxford di Britain pada 26 Januari yang lalu.

Antara negara lain yang terlibat dalam usaha menyekat kemasukan warga Israel ke negara mereka ialah negara-negara OIC seperti Algeria, Bangladesh, Oman, Pakistan dan Brunei. Usaha boikot ke atas Israel ini bukan hanya berlaku dalam dunia sukan malah dalam aktiviti budaya, hubungan diplomatik dan juga eksport senjata ketenteraan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami