Remaja

Remaja ‘Old School’

Oleh Rasyidah Rahmat  •  10 Jan 2019  •  4 min baca

Mak selalu cerita sewaktu kecil dahulu, mak selalu bermain di sungai dengan kawan-kawan selepas balik sekolah. Mak bermain pondok-pondok, batu seremban, main galah panjang. Seronoknya zaman kanak-kanak!

Tetapi sekarang ni mak tengok budak-budak sibuk dengan permainan gadget masing-masing. Tiada kawan pun tidak apa, sebab sudah ada handphone, tablet, laptop. Sampai tidak kenal saudara, tidak tahu siang ke malam sebab khusyuk betul dengan permainan video.

Sampai tidak ada waktu makan bersama keluarga. Semuanya sibuk dengan dunia sendiri. Beginikah nasib remaja akan datang?

Saya melihat kepada perkembangan anak-anak murid saya di sekolah. Biasalah, menjadi seorang guru sememangnya hari-hari menghadap anak murid yang macam-macam kerenahnya.

Tidak terlepas juga berhadapan dengan ragam ibu bapa yang adakalanya mencabar kecekalan jiwa. Lumrah seorang guru di masa kini. Beza benar sewaktu saya di alam persekolahan dulu.

Remaja Dulu VS Remaja Kini

Saya percaya majoriti anak-anak muda zaman sekarang yang masih dengan permainan tradisional sebagaimana anak-anak remaja dahulu yang menjadikannya sebagai salah satu cara mengisi masa lapang dan mengeratkan perhubungan dengan kawan-kawan.

Gembira bersama-sama bermain di tengah padang dan menikmati zaman kanak-kanak dengan aktiviti yang sungguh menyeronokkan.

Berbeza betul dengan remaja sekarang. Lahir sahaja ke dunia, terus dihidangkan dengan pelbagai gadget dan permainan video yang terlalu banyak kesan yang boleh mempengaruhi personaliti seorang kanak-kanak mahupun remaja.

Berbeza juga didikan ibu bapa dulu dan sekarang. Pantang anak menangis pasti telefon bimbit dihulur dahulu. Geleng kepala.

Bagaimanakah kehidupan sebegini mempengaruhi potensi dan personaliti diri remaja dalam menempuh cabaran hidup mendatang?

Menjadi Kitaran Hidup

Kita tidak mahu cara didikan ini menjadi sebuah kitaran hidup yang berulang-ulang. Maksudnya, kita perlu ubah cara mendidik anak dengan tidak menjadikan gadget sebagai salah satu alat yang menjadikan mereka ketagih sejak usia muda lagi.

Sudah banyak terpapar di media sosial mahupun dada akhbar yang mempamerkan cerita-cerita yang menjadi pengajaran buat kita semua.

Akibat dan kesan daripada penggunaan gadget yang berlebihan memberi risiko yang cukup berbahaya terhadap kanak-kanak sehinggalah mereka usia remaja.

Kembangkanlah potensi anak-anak dengan melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat bersama-sama. Bukan sekadar sibuk dengan urusan kerja sehinggakan gadget yang menggantikan tugas sebagai ibu bapa mereka.

Sahabat Teknologi

Perkembangan arus kemodenan menjadikan semua perkara bergerak pantas di hujung jari. Sama ada perkara yang positif dan negatif terpulang kepada mereka untuk dijadikan pilihan.

Oleh sebab itu, pentingnya kesedaran dalam diri setiap remaja agar bijak membuat pilihan kerana sekali sahaja mereka tersilap langkah sudah pasti akan menyebabkan mereka terjerumus dalam kebinasaan.

Gejala ketagihan pornografi, hiburan melampau dan trend terkini yang banyak menyumbang kepada rosaknya keperibadian dan akhlak seorang remaja.

Akibat daripada penggunaan alat telekomunikasi dan media sosial yang tidak terkawal. Bukankah lebih indah jika anak-anak muda sibuk dengan membaca buku kerana ketagih mencari ilmu?

Semoga kita menjadi pemula dan pencetus kepada perubahan yang lebih baik untuk masa depan.

Remaja ‘Old School’

Pada pandangan saya, bukanlah tidak boleh langsung menggunakan gadget sedangkan gadget menjadi satu keperluan yang penting dalam hidup kita pada masa kini.

Hakikatnya, kesedaran yang perlu dipupuk agar setiap orang bijak menggunakannya. Jangan sampai pula kita menjadi hamba kepada gadget.

Malah, kita perlulah memanfaatkan penggunaannya untuk tujuan yang baik. Remaja yang berjiwa ‘Old School’ bukanlah tafsiran kepada remaja yang ketinggalan dalam perkembangan teknologi.

Tetapi, remaja yang sebegini adalah yang bijak dalam penggunaan teknologi yang seimbang keperluannya dunia dan akhirat.

Semuanya berbalik kepada diri setiap individu yang menggunakan sesuatu peralatan agar kita tidak terejrumus ke dalam perang pemikiran yang mana tertanam di dalamnya ideologi barat yang ingin menghancurkan umat Islam dengan menjauhkan jiwa orang Islam dari kebenaran Al-Quran.

Kesimpulannya, sebagai remaja yang peka dan cakna dengan perkembangan dunia masa kini, seharusnya dimanfaatkan sebaiknya alat teknologi ini agar menjadi satu alat yang mengembangkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan risalah Islam ke seluruh dunia. Insya-Allah.

Rujukan:
Daurah Ghazwatul Fikr


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rasyidah Rahmat

Rasyidah Rahmat

Suka mencuba perkara baru dan sangat meminati bidang penulisan dan membaca buku dalam semua genre. Karya pertama yang diterbitkan iaitu dalam siri antologi cerpen Negeri Terengganu. Merupakan mahasiswa tahun akhir sarjana muda syariah di UIN STS Jambi, Indonesia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami