Sejarah

Reaksi Baginda SAW Apabila Jenazah Bukan Islam Lalu Di Hadapannya

Oleh Fizah Lee  •  27 Apr 2020  •  2 min baca

Apabila berbicara soal kematian, pasti terdetik di hati perasaan takut dan sedih. Jika melihat atau mendengar berita-berita kematian, pastinya timbul kesedaran dalam diri seseorang akan amalan yang bakal dibawa ke alam sana suatu hari nanti.

Semua orang bakal merasai mati. Sama ada cepat atau lambat. Alam akhirat merupakan alam yang kekal abadi, disebabkan itu manusia dianjurkan untuk membawa bekalan yang mencukupi.

Kita dilarang untuk meratap kematian, namun dalam masa yang sama juga kita tidak dibenarkan untuk bergembira apabila mendengar berita kematian.

Bersedih dan mengingati kematian itu dekat merupakan salah satu perkara yang boleh dilakukan apabila mendengar berita kematian.

Apa Reaksi Nabi

Terkini, kita ditularkan dengan berita-berita kematian dari seluruh negara yang meningkat secara mendadak saban hari, sama ada disebabkan oleh virus COVID-19 atau asbab-asbab yang lain.

Apabila mendengar berita ini, yang paling utama ialah kita mengucapkan ucapan inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Ia merupakan ucapan umat Islam apabila mendengar berita musibah dan juga kematian.

Baginda SAW tidak pernah bergembira atau menghina kematian sama ada jenazah tersebut jenazah orang Islam atau bukan Islam.

Apabila mendengar perkhabaran kematian orang bukan Islam, Baginda SAW akan menghormatinya dan tidak menyakiti hati ahli waris yang tinggal.

Malah diceritakan bahawa Nabi pernah berdiri memberi penghormatan kepada jenazah bukan Islam yang dibawa lalu dihadapan baginda.

Apabila orang ramai memberitahu baginda bahawa itu adalah jenazah orang Yahudi, maka baginda membalas,

“Bukankah itu manusia juga?” (Mafhum daripada Hadis Riwayat Bukhari, no.684)

Walaupun apabila berita kematian itu adalah jenazah Yahudi dan bukan Islam, namun Baginda tetap menghormati jenazah tersebut dengan berdiri.

Akhlak Baginda menunjukkan bahawa kematian yang perlu diingati itu bukanlah hanya kematian yang berlaku terhadap umat Islam, namun kepada semua orang.

Kesimpulan

Justeru, apa reaksi yang anda berikan apabila terdengar perkhabaran kematian atau mungkin juga apabila terlihat posting di media sosial mengenai kubur, keranda dan sebagainya?

Adakah anda akan bergembira juga dan menganggap ia sebagai bahan lawak jika ia mempunyai unsur lawak atau sebaliknya?

Tepuk dada tanya iman.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami