Tokoh

Rasulullah S.A.W Mudah Didekati

Oleh Zulfikar Egar  •  21 May 2019  •  3 min baca

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim Rahimahullah dengan sanadnya daripada Saad ibnu Abi Waqas R.A.

Saad ibnu Abi Waqas R.A bercerita, pada suatu hari Rasulullah S.A.W bersama dengan kaum wanita dari kalangan sahabat.

Rasulullah S.A.W sedang mengajarkan mereka pada ketika itu. Melihat Rasulullah S.A.W mengajar dengan baik dan lemah-lembut, kaum wanita ini berani bertanya berbagai soalan kepada baginda nabi.

Mereka yakni kaum wanita berebut-rebut bertanyakan soalan kepada Rasululllah S.A.W. Apabila berebut-berebut bertanyakan soalan, keadaan suasana pada ketika itu bising sekali.

Ada yang berteriak, meninggi-ninggikan suara untuk bertanya soalan pada baginda nabi. Rasulullah S.A.W dengan lembut menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka itu. Tiba-tiba, ada orang telah mengetuk pintu dan memberi salam dari luar.

“Assalamualaikum…”

Ternyata di pintu tersebut adalah Umar al-Khattab R.A. Apabila kaum wanita ini mendengar suara Umar al-Khattab R.A di pintu.

Mereka semua kelam kabut dan terburu-buru bergegas lari masuk ke dalam atau bersembunyi di sebalik tabir. Mereka begitu takut akan kedatangan Umar al-Khattab R.A.

Selepas memberi salam, Umar al-Khattab R.A masuk dan bertemu dengan Rasulullah S.A.W yang pada ketika itu sedang tertawa. Melihat keadaan baginda nabi sedang ketawa maka Umar al-Khattab R.A pun bertanya:

“Allah telah membuat (menampakkan) gigi-gigimu (tertawa) ya Rasulullah. Apa yang membuatkanmu tertawa ya Rasulullah?”

Jawab Rasulullah S.A.W:

“Aku ini takjub pada wanita. Mereka (tadi) berani bertanya padaku, berebut-berebut hingga meninggi-ninggikan suara dan berteriak. Bila diketahui Umar al-Khattab ada di pintu, mereka semua lari masuk ke sebalik tabir.”

Umar al-Khattab R.A bila mendengar kata-kata baginda itu berasa marah dan berteriak kepada kaum wanita yang bersembunyi di sebalik tabir.

“Apakah kalian segan dan takut kepadaku sedangkan kalian berani kurang ajar sama Rasulullah S.A.W? Sepatutnya Rasulullah lah yang kalian patut hormati bukannya aku!”

Maka dijawab kaum wanita di sebalik tabir:

“Ya, (kerana) engkau ini lebih garang dan lebih keras daripada Rasulullah”

Apabila mendengar jawapan kaum wanita itu, baginda tertawa lagi dan berkata dengan sebuah pernyataan yang luar biasa maknanya.

“Demi Allah ya Umar. Tidaklah syaitan berjalan di suatu jalan, kemudian syaitan mendapati engkau ada di jalan itu, pasti syaitan akan tinggalkan jalan tersebut untukmu dan mencari jalan lain”

Begitulah sifat Rasulullah S.A.W yang mudah didekati oleh sesiapa pun tidak kira anak kecil, orang yang lebih tua, bahkan semua golongan selesa dengan sifat Rasulullah S.A.W.

Rujukan:
Takutnya Para Wanita Pada Umar Rhadiallahu’anhu (Ustaz Riyadh Bajrey)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami