Keluarga

Rahsia Doa Ibu Bapa Buat Hidup Anda Lebih Lancar

Oleh Fizah Lee  •  3 Mar 2020  •  2 min baca

Dalam sehari, berapa kali anda akan bertanya khabar orang tua anda? Buat anda yang tinggal berjauhan dengan mereka dek kerja ataupun masih belajar, adakah anda sentiasa menelefon mereka dan bertanya tentang hari-hari yang mereka sedang jalani?

Jika anda mengalami masalah atau sedang sakit, kepada siapa dulu anda akan mengadu? Adakah ibu bapa anda akan menjadi orang pertama atau orang terakhir yang mengetahui situasi anda?

Kadang-kadang sebagai anak, kita akan memilih untuk tidak membebankan mereka dengan masalah yang dihadapi dengan alasan tidak ingin mereka risau atau tidak mahu mereka berfikir yang bukan-bukan. Fikir kita, biarlah setiap masalah yang berlaku ini dihadapi oleh diri sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Namun, kadang-kadang kita lupa sebenarnya pada mereka ada satu kuasa dan keberkatan yang tidak dapat ditolak, iaitu doa ibu bapa sendiri.

Doa mereka ialah antara doa yang mustajab dan tidak dapat diragukan lagi kehebatannya. Dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda:

“Tidak ada doa yang tertolak, iaitu doa orang tua, orang yang berpuasa dan doa seorang musafir.” (Haids Riwayat Al-Baihaqi, no. 1797)

Niat kita untuk tidak ingin membebankan mereka dengan masalah-masalah yang sedia ada itu sudah baik dan murni, namun jangan dilupakan kuasa doa mereka yang mustajab dan boleh membantu memberi keringanan kepada kehidupan anda.

Sebenarnya, bukan itu sahaja yang ingin dicapai, namun yang paling penting ialah keredaan ibu bapa anda sendiri. Apabila ibu bapa anda reda dengan kehidupan serta perlakuan anda, nescaya Allah juga akan reda dan akan membantu kehidupan anda.

Dalam masa yang sama, carilah keredaan mereka dengan sentiasa bertanya khabar dan sembang kosong dengan mereka walau anda tidak berada di hadapan mata mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu anda masih hidup dan tidak melupakan mereka walaupun anda jarang-jarang sekali pulang ke kampung halaman.

Antara bentuk tanggungjawab lain yang boleh dilakukan ialah:

#1 – Tidak meninggikan suara terhadap mereka.

#2 – Membantu mereka dari sudut kemampuan setakat yang mampu.

#3 – Sentiasa mendoakan mereka.

Anak yang baik itu adalah yang sentiasa taat dan patuh kepada kedua orang tuanya dan tidak meninggalkan mereka sendirian tanpa khabar berita.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami