Kesihatan

Pura-Pura Kuat Tapi Sebenarnya Tidak – Ketahui Sebab Mengapa Anda Perlu Menangis

Oleh Fieyzah Lee  •  30 Aug 2019  •  4 min baca

Kita pasti pernah merasai satu keadaan dalam hidup dengan menghadapi saat-saat sukar sehingga merasakan fungsi diri sudah tidak lagi berguna dan hati kerap kali bersedih.

Keadaan ini mengundang kepada lemahnya semagat yang ada dan kurang keyakinan diri untuk melakukan atau lebih tepatnya meneruskan apa yang sedang dilakukan.

Kadang-kadang, kita merasakan Allah sengaja meletakkan ujian itu untuk kita sebagai tanda cintaNya.

Namun, jauh di sudut hati, sukar untuk menerimanya dengan hati yang terbuka kerana bagi anda, ujian itu adalah terlalu berat.

Malah, kita merasakan setiap kekurangan yang berlaku adalah datangnya daripada kesalahan diri sendiri, atau kadang-kadang kita merasakan insan sekeliling mula mengata dan memandang serong akan setiap tindak-tanduk kita.

Apabila sampai satu tahap, anda merasa ingin berputus asa dan melepaskan semua yang ada dalam hidup.

Berbeza pula dengan mereka yang tidak ingin kelihatan lemah di hadapan orang lain. Mereka merasakan bahawa semua yang terjadi itu tetap perlu diharungi, yang paling penting tanpa perlu menunjukkan kelemahan di hadapan orang lain.

Air mata dan tangisan itu perlu disorok, kerana anda berpendapat bahawa perasaan itu akan hilang sendiri seiring dengan waktu yang berjalan.

Tanpa sedar, sebenarnya hati anda meronta untuk melepaskan tekanan dan beban perasaan yang ada sesuai dengan fitrah manusia yang perlu mengalirkan air mata.

“Air mata itu hanya untuk orang yang lemah dan aku tidak ingin menunjukkan kelemahan itu.”

“Hanya perempuan yang menangis, lelaki sejati tidak.”

Malah, pelbagai lagi kata-kata yang pernah dimomokkan di telinga berkenaan tangisan dan air mata. Justeru, manusia cenderung untuk bersikap ego dan menolak fitrah kesedihan itu.

Namun, tahukah anda, dengan melepaskan, tanggungan kita akan menjadi lebih ringan?

Walaupun dengan mengalirkan air mata itu tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun sedikit sebanyak ia membantu perjalanan anda untuk menghadapinya.

Kita lihat satu situasi;

Atap rumah anda bocor dan anda menggunakan baldi untuk menadah airnya daripada membanjiri rumah kerana hujan lebat. Namun, beberapa jam kemudian, baldi tersebut mula dipenuhi air dan untuk mengelakkannya daripada melimpah, anda terpaksa membuangnya.

Anda membuat keputusan untuk melimpahkan air tersebut ke dalam pasu bunga ibu anda sedikit demi sedikit dengan niat untuk menyiramnya.

Baldi tersebut boleh digunakan semula untuk menadah air dan dalam masa yang sama, tanaman ibu anda boleh tumbuh dengan sihat.

Baldi itu adalah anda yang dipenuhi dengan perasaan sedih dan sedang menanggung tekanan yang ada. Sampai masanya, ia tidak akan mampu ditanggung lagi oleh badan dan minda dan anda cenderung untuk mengalami tekanan yang melampau sehingga boleh mempengaruhi orang sekeling seperti amarah yang dilepaskan atau riak muka yang ditunjukkan.

Salah satu cara untuk membuang perasaan tersebut adalah mengalirkannya keluar dengan menangis. Ia bukan sahaja mampu memberi ketenangan dan kepuasan kepada diri sendiri malah boleh memberi pengaruh yang positif kepada orang lain apabila anda boleh berfungsi dengan baik, profesional dan tidak terikut-ikut dengan emosi.

Salah seorang pakar Biokimia dari Sant Rans Medical Centre, iaitu Dr William Frey telah melakukan kajian mengenai fungsi air mata dan ia terbukti mampu memberi kesan yang positif kepada psikologi, fisiologi dan juga spiritual.

Antara dapatan dari hasil kajian beliau ialah:

#1 – Membebaskan Perasaan

Umum mengetahui bahawa menangis tidak mampu menyelesaikan masalah namun mungkin anda lupa bahawa dengan menangis, ia boleh membuka sedikit ruang kepada diri anda untuk bertenang agar boleh berfikir dengan jelas dan membuat keputusan secara rasional terhadap masalah yang dihadapi.

Hal ini kerana, dalam badan manusia, ada hormon yang dikenali sebagai endolphin leuciniaenkhaphasin dan prolactin. Hormon-hormon inilah yang akan dikeluarkan daripada badan saat anda menangis akibat tekanan dan juga gangguan perasaan.

Menangis secara berpada dan jangan sampai ia mengganggu fungsi hidup anda kerana banyak lagi perkara besar yang perlu dirisaukan seperti kesihatan diri dan juga tanggungjawab lain.

#2 – Membunuh Bakteria

Air mata disifatkan sebagai anti-bakteria dan anti-virus yang bertindak sebagai pembunuh kuman yang masuk ke dalam mata. Sebanyak 90 sehingga 95 peratus daripada bakteria yang dikenali sebagai lysozyme akan dibunuh oleh air mata.

#3 – Membantu Melancarkan Penglihatan Manusia

Air mata merupakan pelincir kepada mata dan juga mampu membantu untuk mengelakkan daripada menghadapi kekeringan pada bahagian mata yang akan mengundang kepada sakit mata.

Air mata mampu mengekalkan keseimbangan kepada bahagian mata, iaitu untuk mengelakkannya daripada rosak atau hilang penglihatan kerana mata kita tidak boleh sentiasa berfungsi dalam keadaan kering.

Kesimpulan

Menangis itu bukan tanda anda lemah tetapi salah satu bukti bahawa anda kuat untuk menampung segala beban yang berselirat di hati. Tidak salah untuk menangis. Ambil ruang dan peluang kepada diri anda untuk berehat sejenak daripada penat dan lelahnya perkara yang perlu dihadapi supaya ia mampu memberi nafas baru kepada perjalanan anda.

Hiraukan apa kata orang lain kepada anda kerana bukan mereka yang menanggungnya, tetapi anda sendiri. Fikirkan perasaan anda terlebih dahulu sebelum terlalu memikirkan apa kata orang.

Kereta yang dipandu terlalu lama pasti akan kehabisan minyak dan perlu berhenti untuk mengisinya, begitu juga manusia.

Wallahu a’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami