Hukum

Pujian Perlu Dilakukan Secara Sederhana

Oleh Fizah Lee  •  12 Feb 2020  •  2 min baca

Manusia tidak lekang daripada pujian dan juga kejian. Sama ada anda seorang yang gemar memuji seseorang atau anda juga seorang yang sentiasa mengharapkan pujian. Itu, hanya dalaman anda sendiri yang tahu.

Kita sedar bahawa kejian yang bersifat hasutan dan bukan untuk membina atau membaiki diri adalah sesuatu yang dilarang. Namun, tahukah anda bahawa pujian juga adalah dilarang dalam Islam.

Pujian bagaimana yang dilarang? Adapun memuji ciptaan Allah yang lain seperti indahnya lautan itu atau cantiknya awan di langit adalah dibenarkan bahkan akan memberikan pahala. Namun, dalam memuji manusia, terdapat beberapa garis panduan dan larangan yang dibincangkan para ulama.

Sebenarnya, hukum asal memuji seseorang adalah harus. Namun, ia akan menjadi haram dan perbuatan itu dilarang apabila ia dilakukan secara berlebihan sehingga boleh menimbulkan kebohongan.

مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَادِحًا أَخَاهُ لاَ مَحَالَةَ، فَلْيَقُلْ أَحْسِبُ فُلاَنًا، وَاللَّهُ حَسِيبُهُ، وَلاَ أُزَكِّي عَلَى اللَّهِ أَحَدًا أَحْسِبُهُ كَذَا وَكَذَا، إِنْ كَانَ يَعْلَمُ ذَلِكَ مِنْهُ

Maksud: “Siapa sahaja di antara kalian yang tidak boleh, tidak harus memuji saudaranya hendaklah dia mengucapkan: “Aku merasa si fulan (itu yang demikian) dan Allah yang lebih mengetahui secara pasti akan kenyataannya. Dan aku tidak memberikan pujian ini secara pasti. Aku merasa dia begini dan begitu keadaannya.” Jika dia mengetahui dengan yakin tentang diri saudaranya itu (yang dipuji).” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2662)

Terdapat beberapa sebab yang melarang manusia daripada memuji sesama manusia, iaitu;

#1 – Memuji secara berlebihan

#2 – Mengakibatkan orang yang dipuji timbul perasaan ujub terhadap diri sendiri

#3 – Pujian yang boleh membawa kepada kebohongan

#4 – Bimbang timbul fitnah

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu telah mengetahui hakikat dan perangai sebenar orang yang dipuji seperti mengetahui kewarakannya atau sifatnya yang tidak endah akan pujian, maka tidak mengapa untuk memuji.

Adapun, kami berpendapat agar pujian tersebut dilakukan secara sederhana dan bukan berlebih-lebihan. Perkataan dan bahasa yang digunakan juga hendaklah betul sehingga tidak mempengaruhi peribadi dan sifat seseorang.

وَفِيهِ جَوَازُ مَدْحِ الْإِنْسَانِ فِي وَجْهِهِ إِذَا أُمِنَ عَلَيْهِ الْإِعْجَابُ وَغَيْرُهُ مِنْ أَسْبَابِ الْفِتْنَةِ

Maksud: “Dan pada hadis ini terdapatnya keharusan untuk memuji seseorang secara berhadapan, sekiranya dia berasa aman dari perasaan ‘ujub dan selamat bagi orang lain daripada sebab-sebab yang boleh mendatangkan fitnah.” (Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi, 2/357)

Tuntasnya, hukum asal memuji itu adalah harus. Namun, ia akan berubah menjadi haram jika dilakukan secara berlebihan dan boleh menyebabkan fitnah serta timbulnya sifat ujub.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami