Berita

#ProjekGerobok Memberi Peluang Kepada Komuniti Untuk Menyumbang Dan Menerima

Oleh Fizah Lee  •  16 Dec 2020  •  2 min baca

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan sebuah program yang dinamakan Gerobok Rezeki sebagai salah satu inisiatif membantu golongan yang memerlukan seperti asnaf dalam bentuk barangan keperluan.

Program itu yang juga menggunakan tanda pagar #ProjekGerobok turut memberi peluang kepada komuniti untuk membeli sambil beramal.

Kepada sesiapa yang berminat, caranya mudah sahaja, iaitu hanya perlu membeli mana-mana barangan dan maklumkan kepada petugas bahawa barang tersebut akan disumbangkan kepada Gerobok Rezeki.

Manakala, buat mereka yang tidak dapat datang ke kedai secara terus, boleh juga membuat belian secara atas talian.

Sudut gerobok yang terletak di luar kedai boleh diambil barangannya oleh sesiapa sahaja yang sedang dalam kesempitan terutamanya pada masa pandemik ini.

Terkini, melalui ciapan oleh Dr Zulkifli di laman Twitternya mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang barangan seperti beras, gula, garam, tepung, susu bayi, teh dan kopi serta barangan keperluan lain dan boleh membuat belian secara terus di Kedai MAIWP.

Beliau juga mengalu-alukan kepada mereka yang memerlukan untuk mengambil barangan keperluan itu.

Buat masa ini, kedai MAIWP telah ada dua buah cawangan di Putrajaya, iaitu Presint 5 dan Presint 9.

MAIWP bersedia untuk menambah cawangan baharu di lokasi yang mempunyai permintaan yang tinggi sekiranya projek ini mendapat sambutan yang baik.

Sumber:
BERNAMA
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami