Berita

Program Semarak Ramadan BH Dianjurkan Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Oleh Fieyzah Lee  •  7 May 2019  •  2 min baca

Hari ini berlangsungnya Program Semarak Ramadan BH 2019 bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Program ini dianggap seperti meraikan Hari Bomba yang telah disambut Sabtu lalu.

Razali Mohd Nasir, Ketua Zon 1 Shah Alam, Penguasa Kanan Bomba 1 berkata, program ini adalah salah satu usaha untuk menghargai usaha BH dan BIMB Holdings Berhad (BHB) yang memilih JBPM untuk turut serta dalam program itu.

Persiapan logistik juga telah mula dilakukan pada hari Sabtu lepas bagi memastikan kelancaran program.

BHB masih meneruskan tajaan program Semarak Ramadan BH untuk tahun kesembilan di dua lokasi terpilih. BHB akan menghulurkan sumbangan kepada lapan keluarga anggota bomba yang terkorban ketika menjalankan tugas dan memberikan zakat kepada 67 penerima yang juga terdiri daripada pelajar asnaf, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (oku) dalam kalangan bomba.

Sebanyak 1500 bubur lambuk akan diedarkan kepada orang awam bermula pukul 4 petang ini di Bazar Ramadan, Seksyen 19 yang telah dimasak dengan menggunakan kira-kira 50 kilogram beras.

Kakitangan BH, BHB dan 15 anggota bomba telah mula melakukan aktiviti memasak bermula pukul 9 pagi. 14 buah khemah juga telah dipasang bagi memuatkan kira-kira 500 tetamu pada petang ini.

Pengurus Kanan Pengiklanan Unit Kerajaan NSTP, Wan Rafilin Wan Mohd Noor dan Ketua Pegawai Syariah Kumpulan BHB, Mohd Nazri Chick juga dikatakan turut hadir dalam program ini.

Program ini akan dilangsungkan di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Melaka pula pada 25 Mei 2019.

Berita Harian


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami