Eksklusif

Program Menarik Di Sekitar Anda September 2018 Ini!

Oleh Natirah Azira  •  6 Sep 2018  •  3 min baca

#1- Seminar Fiqh Wanita Dari Perspektif Perubatan & Fiqh 2018

Al-Kahfi Centre akan menganjurkan sebuah seminar yang akan menfokuskan kepada fiqh taharah/bersuci wanita daripada sudut fiqh dan sains.

Tarikh: 15 September 2018
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah 2, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.
Penceramah: Dr. Norhasliza Ahmad Fauzi dan Ustazah Nor Faezah Hassan

Antara persoalan-persoalan yang akan dibincangkan dalam seminar ini seperti;
– Apakah cecair-cecair yang keluar daripada wanita selain air kencing, mani, dan mazi?
– Kenapakah ada darah keluar dalam tempoh hamil?
– Berapakah tempoh normal untuk seseorang wanita mempunyai darah nifas selepas bersalin?

Rujuk laman sesawang ini untuk rujukan isi kandungan dan tentatif penuh :
http://alkahfi.com.my/fiqhwanita/

#2- 2nd Kuala Lumpur International SUKUK Conference

Persidangan Sukuk Kali Ke-2 ini bakal mengumpulkan pakar-pakar ekonomi, kewangan serta pakar syariah dari pelbagai sektor untuk membincangkan tentang perspektif dan inovasi baru dalam pelaburan sukuk serta potensinya.

Tarikh: 20-21 September 2018
Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang (Hari Pertama)
9.00 pagi – 12.30 tengah hari (Hari Kedua)
Tempat: Securities Commission, Malaysia

Anda boleh ke laman sesawang ini untuk maklumat lanjut:
http://www.amanieacademy.com/conferences/2nd-kuala-lumpur-international-sukuk-conference

#3- Free Talk: Lessons from the Battle of Uhud

Semua orang mengetahui bahawa umat Islam kalah dalam peperangan ini. Namun apakah hikmah yang dapat kita gali daripada peristiwa ini? Jom sertai program percuma ini untuk tahu!

Tarikh: 29 Sept 2018 (Sabtu)
Masa: 9.30pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: AREES Training Centre Malaysia, Kota Damansara

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman sesawang ini:
https://islamicevents.my/event/707

#4- Shariah Standard Training on ‘Ijarah & Tawarruq’

Sistem patuh syariah merupakan aspek yang sangat penting dalam Institusi Kewangan Islam di Malaysia. Justeru, program ini bakal menawarkan kepada orang ramai maklumat yang komprehensif dan mendalam mengenai piawaian Syari’ah , bagaimana ia beroperasi serta dokumentasi undang-undang produk berasaskan tawarruq dan Ijarah.

Tarikh: 18-19 September 2018
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ke laman sesawang ini:
https://www.iais.org.my/e/component/chronoforms/?chronoform=SST2018

#5- Nur al-Din al- Raniri and Philosophy: Philosophical Activities in 17th Century Malay World

Abad ke-17 merupakan suatu fasa yang penting dalam perkembangan keilmuan Islam di Tanah Melayu. Nama Sheikh Nur al-Din al-Raniri sebagai cendekiawan Islam mekar pada zaman ini. Beliau seorang yang mahir dalam pelbagai bidang keilmuan seperti ilmu fiqh, falsafah, hakikat ketuhanan serta tasawwuf . Jika anda adalah peminat sejarah Islam, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang ini.

Tarikh: 21 September 2018
Masa: 8.00 – 11.00 malam
Tempat: Tintabudi Bookshop 80b Jalan Rotan, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 50460
Penceramah: Muhiyuddin bin Hussein al-Attas

Untuk mendaftar, boleh layari laman sesawang :
https://www.eventbrite.com/e/nur-al-din-al-raniri-and-philosophy-philosophical-activities-in-17th-century-malay-world-by-tickets-49317730660?aff=ebdssbdestsearch


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami