Eksklusif

Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1440H/2018M

Oleh Natirah Azira  •  11 Sep 2018  •  2 min baca

Semalam Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil yang merupakan Presiden Kolej Dar al-Hikmah telah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1440 Hijrah (2018 Masihi).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata Dr Siddiq dipilih kerana sumbangan besarnya dalam memartabatkan Islam di peringkat antarabangsa dan nasional yang mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan anugerah itu kepada Dr Siddiq bersempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M di Masjid Wilayah Persekutuan semalam.

Dr Siddiq yang juga merupakan Panel Majlis Perundingan Islam, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pingat serta sijil penghargaan, selain RM20,000 sumbangan Yayasan Ubaidi.

Bapa kepada tujuh anak itu turut menyandang jawatan Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK), Ahli Panel Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) dan Pengerusi Kajian Maqasid Shariah IDE.

Ketika ditemui wartawan selepas majlis berkenaan, Dr Siddiq berkata, anugerah diterimanya itu turut mewakili perjuangan ilmuan, da’i dan pendidik lain yang sudah mengikhlaskan amalan untuk keredaan Allah.

Katanya, anugerah Tokoh Maal Hijrah itu juga akan terus membakar semangatnya untuk meneruskan perjuangan dalam menegakkan syiar Islam.

“Selagi hayat dikandung badan, saya akan berbuat apa yang boleh, tidak hanya menegakkan syiar, tetapi juga ajaran Islam bersama prinsip dan nilai dasarnya,” katanya yang mahu membelanjakan wang tunai diterima untuk amal soleh.

Sumber: www.bharian.com.my


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami