Berita

#PrayforAustralia – Penduduk Bumi Bersatu Untuk Kesembuhan Australia

Oleh Fieyzah Lee  •  8 Jan 2020  •  3 min baca

Pada Disember 2019, Australia diisytiharkan darurat disebabkan kebakaran di beberapa buah negerinya. Ia telah memusnahkan hutan belukar dan taman negara seperti Blue Mountains.

Bukan itu sahaja, bandar raya terbesar di Australia, termasuk Melbourne dan Sydney turut terkesan daripada kebakaran ini dengan kepulan asap yang menyelubungi dan telah merosakkan rumah kediaman.

Kebakaran ini dikatakan telah bermula daripada api kecil yang menjejaskan bangunan-bangunan sekitar, namun ia menjadi lebih teruk apabila ia mula marak disebabkan oleh faktor suhu dan juga keadaan kering kawasan tersebut yang telah membakar tanah.

Angin kencang telah menyebabkan asap tersebar dengan lebih cepat dan mengakibatkan kematian penduduk bukan sahaja manusia, malah haiwan yang tinggal di hutan tersebut.

Keadaan yang sangat buruk itu telah menjejaskan lebih daripada 5.9 juta hektar kawasan terbakar dengan keadaan struktur di New South Whales yang paling teruk, iaitu sebanyak 3.6 juta hektar.

Lebih daripada separuh populasi dan hidupan telah mati dalam kebakaran tersebut. Ini termasuklah koala dan kanggaru.

Menurut laporan yang dikeluarkan pakar, keadaan kering Australia sebenarnya telah berlarutan selama beberapa tahun belakangan dan pada Disember 2019, gelombang panas ini telah memecahkan rekod untuk suhu purata tertinggi di seluruh Australia dengan beberapa tempat yang suhunya telah melebihi 40 darjah celsius.

Bersatu Mengharapkan Keajaiban

Beberapa pasukan bomba telah bertungkus-lumus sejak dari awal kebakaran ini mula menular. Tetapi setakat ini masih lagi tiada tanda bahawa ia akan berhenti sepenuhnya.

Usaha ini juga turut melibatkan pasukan sukarelawan dan doktor haiwan untuk membantu membaiki keadaan dan memulihkan mangsa yang terlibat.

Beberapa orang selebriti juga dilihat turut membantu untuk memulihkan Australia. Nicole Kidman dan suaminya, Keith Urban telah sebanyak menyumbang $500 000 kepada pasukan bomba tempatan NSW manakala pelakon bernama Chris Hemswoth turut menyumbang $1 juta kepada Australia.

Bukan itu sahaja, kita dapat melihat jutaan manusia sama-sama mendoakan agar bumi Australia kembali sembuh. Sedih apabila melihat beberapa rakaman video yang tular di media sosial yang memaparkan hidupan hutan-hutan itu yang kehausan dan mengharapkan bantuan.

Terkini, penduduk Islam dan Kristian di Australia telah bersatu dan masing-masing berkumpul untuk berdoa bagi memohon hujan. Menurut beberapa laporan media, mereka telah berkumpul di Taman Bonthon di Adelaide yang juga disertai oleh Paderi Patrick Mclnerney dari Pusat Perhubungan Krsitian manakala warga Muslim pula diketuai Profesor Mohamad Abdalla.

Dalam keadaan darurat seperti ini, seluruh dunia menunjukkan sokongan yang padu kepada Australia dan sudi memberikan bantuan berdasarkan kemampuan masing-masing.

Malah, sokongan ini dilihat apabila pengguna media sosial menggunakan tanda pagar #Prayforaustralia dan #AustralianWildFires.

Sebagai manusia yang mempunyai belas ihsan, peruntukkanlah sedikit masa untuk berdoa kepada Allah agar memberikan keajaiban kepada mereka di sana dan semoga terus tabah dalam menghadapi ujian ini.

Bumi ini perlu sentiasa disokong oleh penduduknya agar boleh kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber:
CNN


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami