Berita

PPZ-MAIWP Melancarkan Portal Bayaran Zakat Fitrah Secara Atas Talian

Oleh Fizah Lee  •  21 Apr 2020  •  2 min baca

Terkini, saluran khas bagi pembayaran zakat fitrah secara atas talian telah dilancarkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ – MAIWP).

Pelancaran ini turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Inisiatif ini diwujudkan bagi memudahkan para pengguna di samping menjaga keselamatan semua pihak dalam melaksanakan ibadah tersebut.

Galakan kepada umat Islam untuk membayar zakat fitrah secara atas talian juga merupakan saranan daripada kerajaan sendiri agar rakyat boleh terus kekal duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Buat mereka yang ingin membayar zakat secara atas talian, boleh melayari secara terus di Bayaran Zakat Fitrah bermula 1 Ramadan 1441 Hijrah bersamaan 24 April ini sehinggalah 23 Mei 2020.

Walau bagaimanapun, PPZ-MAIWP turut menyediakan pembukaan kaunter bagi membantu golongan yang tidak mahir dengan penggunaan platform atas talian ini atau yang menghadapi masalah teknikal sendiri seperti kekangan internet dan sebagainya.

Berikut merupakan tatacara khas bayaran zakat fitrah yang boleh diamalkan:

#1 – Pastikan anda berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang gejala yang berkaitan dengan serangan virus COVID-19.

#2 – Memakai topeng muka ketika berurusan dengan amil zakat fitrah.

#3 – Bayaran perlu dilakukan di lokasi yang telah dinyatakan mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan kepada amil zakat fitrah yang telah dilantik secara sah.

#4 – Mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dengar amil zakat fitrah dan juga dengan pembayar yang lain jika perlu beratur menunggu giliran.

#5 – Tidak bersalaman dengan amil zakat fitrah yang bertugas dan segera beredar setelah selesai urusan pembayaran.

Sekiranya anda berada dalam keadaan tidak sihat, anda boleh mewakilkan ahli waris atau orang yang boleh dipercayai bagi pihak anda.

Sumber:
Portal Bayar Zakat Fitrah

Baca Juga:
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Dalam Tempoh PKP


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami