Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) yang mula dikuatkuasakan di seluruh negeri kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang sedikit sebanyak membataskan aktiviti harian kita terutamanya dalam hal keagamaan.
Ia juga membataskan kita untuk menunaikan solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid berikutan dengan jumlah jemaah yang perlu dihadkan.
Namun, kini anda tidak perlu risau lagi kerana dengan melayari portal Massajid, ia akan membantu memudahkan urusan anda untuk mengetahui surau dan masjid yang dibuka sepanjang PKPB ini.
Laman ini juga memudahkan anda untuk menempah tempat bagi pengurusan kuota solat fardu secara berjemaah dan juga solat Jumaat dalam tempoh ini.
Anda hanya perlu layari info.massajid.my dan memilih kategori yang diingini, iaitu; Masjid Utama, Masjid, Surau Jumaat dan Surau Jumaat Sementara PKPP.
Atau, anda juga boleh memasukkan terus nama masjid dan surau yang diingini serta memasukkan zon pentadbiran bagi memudahkan anda mendapati masjid dan surau berdekatan.
Bagaimanapun, laman sesawang ini hanya khusus untuk masjid-masjid dan surau yang berada di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Anda boleh melihat maklumat panduan ringkas berkenaan cara menggunakan laman ini melalui video di bawah:
Pautan laman sesawang:
info.massajid.my
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.