Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli telah mengumumkan Garis Panduan Majlis Akad Nikah yang akan berkuat kuasa pada 6 November 2020.
Antara SOP yang dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Muazakarah Majlis Kebangsaan kali ke-9 setelah mendapat nasihat daripada KKM dan MKN ialah:
#1 – Jumlah jemputan mestilah tidak melebihi 30 orang dan perlu mengambil kira keluasan tempat serta penjarakan 1 meter.
#2 – Tempat akad yang dibenarkan adalah merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid yang terpilih dan ditentukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
#3 – Jurugambar untuk majlis perkahwinan adalah dibenarkan. Ia adalah tidak termasuk dalam jumlah jemputan seramai 30 orang.
#4 – Majlis jamuan makan adalah tidak dibenarkan.
#5 – Bakal pengantin mestilah yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAWI).
#6 – Kehadiran mestilah dipastikan bukan dari kalangan yang bergejala atau dari kawasan PKPD dan zon merah.
#7 – SOP lain seperti memeriksa suhu badan, sentiasa mensatinasi tangan, memakai pelitup muka dan merekod kehadiran hendaklah dipatuhi.
Sumber:
Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.