Keluarga

Pilihan Raya Umum Dan Manifesto Akhlak Anak-Anak Anda

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  28 May 2018  •  3 min baca

Menerusi penulisan seorang Imam sebuah masjid di Shah Alam melintasi di ‘news feed’ saya. Beliau menceritakan tentang seorang kanak-kanak yang cuba mencabut bendera parti yang tidak disukai kanak-kanak tersebut.

Mujur Imam itu segera menegur kanak-kanak itu agar tidak merosakkan harta benda walaupun tidak menyukai sesuatu.

Ini adalah peringatan yang sangat baik daripada seorang dewasa yang matang buat kanak-kanak yang belum matang dan mudah dipengaruhi tingkah lakunya.

Dari Manakah Kanak-Kanak Belajar Bertindak Sedemikian?

Kita tidak perlu pun mengajar mereka, cukuplah sekadar mereka memerhati dan meniru orang dewasa yang dekat dengan mereka ataupun meniru apa yang didengari dan ditonton di skrin.

Dua minggu yang lalu, saluran radio BFM melaporkan bahawa pemantau pilihanraya (electoral watch) mendapati bahawa salah laku pilihanraya (electoral offence) semakin meningkat sejak penghujung tahun 2017 yang lalu.

Jika diimbas kembali PRU pada tahun 2013, Astro Awani melaporkan bahawa kes keganasan politik banyak berlaku seperti yang diumumkan oleh PDRM.

Sejumlah 1,056 kes keganasan politik telah direkodkan sejak pembubaran parlimen pada 3 April 2013 dengan 387 kes direkodkan sejak hari penamaan calon.

Antara bentuk keganasan dan salah laku yang dilaporkan ketika itu adalah letupan, mengakibatkan kecederaan tubuh badan, khianat bakar, khianat bahan membahayakan, merosakkan harta benda, kecurian, serangan hingga menyebabkan kematian, kemusnahan harta benda, samseng, makian, ancaman, dan intimidasi.

Apakah mesej yang hendak kita sampaikan dengan tindakan yang sedemikian kepada kanak-kanak dan remaja yang merupakan generasi pelapis kita? Perlukah kita berbangga dengan diri kita?

Di luar negara, dalam satu kajian yang dibuat ketika Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2016, guru-guru di AS melaporkan bahawa kejadian buli di sekolah juga meningkat pada kadar yang sangat membimbangkan.

Sasaran buli di sekolah-sekolah adalah golongan imigran, mereka yang beragama Islam dan juga kumpulan minoriti lain yang menjadi sasaran Donald Trump ketika kempen beliau.

Sorakan seperti “Build A Wall! Build A Wall” seperti yang selalu di sebut oleh Trump menjadi siulan buli ketika acara sukan.

Pengaruh negatif Trump ke atas pelajar sekolah ketika itu dikenali sebagai “Trump Effect” dan dibicangkan dalam sebuah penerbitan oleh Southern Poverty Law Center, AS.

Kanak-kanak dan remaja adalah hasil cerminan diri kita sebagai orang dewasa.

Tidak ada manifesto pilihanraya oleh mana-mana parti politik yang dapat mengatasi kesongsangan amalan dan akhlak orang dewasa yang ditonton oleh kanak-kanak, apatah lagi oleh ibu bapa sendiri di rumah.

Kawallah adab, tingkah laku, tutur kata dan akhlak kita. Kita tidak oleh mengawal tindakan orang lain tetapi kita berupaya untuk mengawal diri kita sendiri kerana inilah yang akan membentuk peribadi anak-anak kita.

Pakar Ekonomi negara, Dr Muhammad Abdul Khalid berkata dalam salah satu perkongsian beliau;

Apa yang kita rancangkan untuk kanak-kanak sekarang hasilnya akan kita lihat 20 hingga 30 tahun akan datang. “

Hasilnya tidak semestinya sekarang. Walaupun beliau mengulas dari segi ekonomi dan pendidikan, ia juga relevan untuk kita merenung kembali, akhlak dan pemikiran yang bagaimanakah yang ingin kita lihat pada orang dewasa 20 hingga 30 akan datang?

Adakah orang dewasa yang matang ataupun orang dewasa yang tidak bertamadun akhlaknya? Kita akan menuai apa yang kita semai sekarang dan ia bermula dari rumah.

Oleh itu, bentuklah akhlak yang murni nescaya hasilnya tidak akan merugikan sedikit pun, bahkan itu satu kejayaan yang besar.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami