Berita

Perutusan Khas Ramadan – Ini Pesan Datuk Dr Zulkifli

Oleh Natirah Azira  •  23 Apr 2020  •  2 min baca

Tinggal tidak sampai sejam lagi tanggal 1 Ramadan akan tiba, bermakna berlalulah Syaaban dan Ramadan akan membuka tirainya.

YB Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada petang ini telah menyampaikan perutusan khas sempena ketibaan Ramadan.

Dalam nada santai dan berjenaka beliau tetap menasihatkan supaya orang ramai terus bersabar menghadapi Ramadan kali ini walau dalam suasana penuh kekurangan dan tidak semeriah Ramadan sebelumnya ekoran Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung COVID-19.

“Positif dan sentiasa bersyukur”

Itulah tema yang dibawakan untuk Madrasah Ramadan kali ini buat diri beliau sendiri. Sekalipun pada awalnya mungkin sukar untuk membiasakan diri, kata beliau kita harus bersyukur kerana masih ada ramai pihak di luar sana yang sedang bertungkus-lumus membendung penyebaran COVID-19 – baik petugas kesihatan di hospital, pihak berkuasa malah sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Pesanan turut diberikan kepada petugas barisan hadapan agar tidak mengabaikan ibadah sahur sekalipun sibuk bekerja. Manakala waktu malam dan masa terluang boleh diisi dengan ibadah Tahajud dan bacaan Al-Quran.

Ramadan kali ini harus dihargai sebaiknya dengan mewujudkan rutin baharu yang mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini. Contohnya solat berjemaah bersama ahli keluarga, bertadarus memperdengarkan bacaan Al-Quran melalui aplikasi panggilan video seperti Skype atau perbincangan bersama ahli keluarga.

Jadi ayuh kita hidupkan ibadah dan tradisi Ramadan di rumah dengan penuh meriah!

“Ramadan ini Ramadan kita dan kitalah yang mencorakkannya”


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami