Inspirasi

Perumpamaan Hutang Si Kaya Dengan Hutang Si Miskin

Oleh Zulfikar Egar  •  12 Dec 2020  •  2 min baca

Dalam dunia ini terdapat 2 jenis hutang. Iaitu hutang si kaya dengan hutang si miskin.

Orang kaya pun berhutang?

Ya, si kaya pun berhutang.

Cuma ada perbezaan antara cara si kaya berhutang dengan cara si miskin berhutang.

Rata-rata si kaya memilih hutang yang membuatkan mereka semakin lama semakin kaya. Lalu kekal kaya, Insya-Allah.

Manakala si miskin pula suka memilih hutang yang membuatkan mereka semakin lama semakin miskin. Dan cara itulah yang menyebabkan mereka kekal miskin.

Jadi, apa hutang si kaya ini ya?

Contohnya si kaya membeli aset iaitu dengan membeli rumah. Untuk membeli rumah, si kaya mengambil atau membuat pembiayaan bank.

Di mana kalau kita melihat, harga rumah semakin lama semakin tinggi di kebanyakan tempat. Itu belum lagi jika rumah yang dibeli itu diberi sewa. Maka, makin bertambah lagilah pendapatan si kaya. 

Sudahlah si kaya itu membeli rumah dengan menggunakan duit orang lain (bank). Nak bayar duit rumah itu pun gunakan duit orang lain juga (penyewa).

Manakala si miskin pula, suka memilih hutang-hutang yang boleh membuatkan dia nampak kaya. Tapi sebenarnya masih miskin lagi.

Contohnya hutang yang menampakkan dia itu seorang yang kaya bergaya. Si miskin sanggup berhutang dan membuat pinjaman atau pembiayaan peribadi lebih-lebih lagi apa tibanya musim perayaan.

Dibuatnya pinjaman peribadi sebab nak beli sofa baru, langsir baru dan ada juga si miskin yang turut buat pinjaman peribadi sebab nak bayar ‘downpayment’ untuk beli kereta baru dan motor baru.

Membuat pinjaman dan berhutang untuk menunjukkan simbol-simbol kemewahan. Ditambah pula boleh berhutang menggunakan kad kredit dan boleh membuat skim ansuran mudah ketika membeli perabot. 

Maka makin galaklah si miskin berhutang untuk berbelanja. Tanpa disedari, si miskin membuat hutang demi hutang yang akhirnya membuatkan mereka semakin lama semakin miskin.

Jadi apa kesimpulan yang dapat kita amabil dengan cara si kaya berhutang dengan si miskin ini berhutang adalah, apabila kita nak berhutang pilih cara si kaya berhutang. Jangan memilih cara si miskin berhutang.

Kelak nanti hajat di hati nak hidup senang, namun akhirnya terhimpit dan tersempit dengan hutang-hutang yang banyak.

Berhutang itu hanya apabila perlu, bukan untuk memenuhi kehendak supaya nampak bergaya.

Artikel ini hanya perumpamaan supaya kita memilih gaya hidup yang bijak dalam menentukan arus kehidupan sendiri.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami