Berita

Pertubuhan Amal Jordan Mengumpul Lebihan Hotel Untuk Memberi Makanan Kepada Orang Susah

Oleh Tim Tazkirah  •  26 Jun 2018  •  2 min baca

AMMAN – Pada penghujung bufet Ramadan yang mewah di dewan bankuet di salah sebuat hotel lima bintang di Amman, seorang pemuda pekerja amal Jordan bergegas untuk mengumpulkan lebihan makanan di mana pasukan sukarelawan akan membungkus dan mengagihkan semula kepada keluarga yang memerlukannya.

Bandar Sharif memulakan usaha Dapur Keluarganya sejak 10 tahun yang lalu, marah dengan jumlah makanan yang dibuang oleh hotel semasa bulan puasa Ramadan, secara tradisinya satu keadaan di mana tahap pengambilannya dua kali ganda di seluruh rantau ini.

Apa yang kami lakukan adalah kami menyelamatkan makanan dan memberikan kepada orang yang benar-benar yang memerlukannya bagi menghilangkan pembaziran ini,” kata Sharif, seorang guru berusia 33 tahun.

Pasukan sukarelawannya kini bekerja sepanjang tahun untuk mengumpul makanan yang tidak dikehendaki dari majlis perkahwinan, kedai roti dan restoran.

Pada tahun ini, inisiatif ini memberi tumpuan kepada kem pelarian Palestin Baqaa, salah satu kawasan mundur di negara yang menyaksikan bertahun-tahun lamanya beberapa protes terbesar dalam bulan ini mengenai kenaikan harga yang melampau, yang disokong oleh Tabung Kewangan Antarabangsa.

Pengkritik mengatakan bahawa pertambahan kemiskinan di sini adalah disebabkan oleh kenaikan harga.

Inisiatif Dapur Keluarga tahun ini memberikan makanan berbuka puasa kepada 500 keluarga di kem pelarian termiskin di pinggir Amman.

Satu per tiga daripada 120,000 penghuni kem pelarian mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan negara dan sekitar 17 peratus tidak bekerja, kata badan pelarian U. N.

Keluarga kami sangat miskin, terdapat banyak kemiskinan dalam masyarakat, maka mereka memerlukan sokongan ini, mereka memerlukan makanan bagi memastikan mereka mempunyai makanan pada keesokan harinya,” kata Kifah Khamis, yang menjalankan kerja amal di kem yang sesak.

Um Thair, seorang penghuni kem, ibu kepada empat orang anak, berkata dia tidak dapat menghadapinya tanpa makanan yang diberikan kepada keluarganya.

Saya dapat menjimatkan duit sepanjang Ramadan, saya tidak perlu membeli banyak makanan atau membeli belah. Sebahagian besar makanan kami perolehi dari kerja amal ini, setiap kami akan datang dan mengambil makanan untuk berbuka kami,” katanya.

Penulis: Reuters / Penterjemah: Mohd Khairil Hisham / Sumber: VOA News

Kredit Gambar: VOA News


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami