Ibadah

Pertolongan Allah Akan Tiba Apabila Anda Memiliki Dua Kualiti Ini

Oleh Natirah Azira  •  20 Mar 2019  •  2 min baca

Kerap kali persoalan tentang syukur dan sabar timbul dalam hidup kita. Sama ada ia diucapkan oleh orang lain atau pun dirasai sendiri oleh jiwa kita. Dua elemen ini merupakan elemen yang sangat penting.

Ia bukan kekuatan fizikal yang boleh dilihat oleh mata manusia. Ia kekuatan jiwa yang hanya diketahui oleh Tuhan. Dan biasanya perkara yang melibatkan hati ini lebih sukar dan memerlukan kesungguhan dan kegigihan untuk memperolehnya.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّامِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman:

“Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah.
“Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.

Dua kualiti tersebut ialah:

#1- Bersabar Dengan Berterusan

Perkataan sabar berasal daripada bahasa arab dengan kombinasi tiga huruf iaitu صبر (sod, ba dan ra) dan ia boleh berubah menjadi صابر (sabir) dan juga صبار ( sabaar – dipanjangkan bunyi dengan pertambahan huruf Alif) Kedua-dua perkataan ini meskipun hampir sama namun membawa makna yang berbeza. Jika ‘sabir’ , ia bermakna sabar sekali sahaja.

Namun istimewanya kebanyakan perkataan sabar yang diguna di dalam Al-Quran menggunakan perkataan ‘sabaar’ yang bermaksud sabar yang dilakukan berkali-kali. Bermakna ganjaran dan pertolongan akan sentiasa ada buat mereka yang membiasakan sikap sabar yang berpanjangan. Mereka tetap bertahan melalui cabaran dan ujian yang dilalui dalam hidup. Merekalah orang yang sebenar-benarnya menang.

#2- Syukur Sebanyak-Banyaknya

Syukur bermaksud berterima kasih dengan segala nikmat yang telah diterima mahupun yang tidak diterima dalam hidup ini. Kerana Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita, maka ada perkara yang Allah beri dan ada yang ditahan. Meskipun banyak cabaran dan masalah berlaku, namun seorang mukmin yang bersyukur tidak akan hanya fokus kepada masalah.

Masih banyak perkara yang boleh disyukuri, badan yang sihat yang masih boleh bangun pada waktu pagi, kudrat untuk bekerja, perut yang kenyang pada waktu malam dan sebagainya.

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Muslim, no 2999)

Sesungguhnya orang yang bersabar mendapat ganjaran yang tidak terkira banyaknya seperti dikasihi Allah, diberikan penghormatan di dalam syurga, memperoleh keampunan dan banyak lagi.

Rujukan:

IluvUAllah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami