Eksklusif

Pertemuan Harmoni Bersama Pihak McDonald’s Malaysia

Oleh Tim Tazkirah  •  4 Feb 2018  •  3 min baca

HASIL DARIPADA PERTEMUAN HARMONI ANTARA tzkrh.com BERSAMA GERBANG ALAF RESTAURANTS SDN BHD (MCDONALD’S MALAYSIA)

1. Merujuk perkara di atas, pada 5 Januari 2018 yang lepas tim tzkrh.com telah mengadakan satu pertemuan tertutup bersama barisan tertinggi McDonald’s Malaysia. Hasil daripada pertemuan tersebut pihak tzkrh.com talah mendapati banyak perkara yang belum diketahui oleh rakyat Malaysia tentang perkembangan terkini status McDonald’s di Malaysia.

2. Antara dapatan penting yang berjaya pihak kami kumpulkan hasil daripada pertemuan tersebut dan ia perlu difahami oleh rakyat Malaysia berkenaan status terkini McDonald’s Malaysia adalah seperti berikut:

2.1 Pemilikan McDonald’s di Malaysia telah didominasi sepenuhnya oleh Lionhorn PTE LTD, anak syarikat REZA GROUP yang berpengkalan di Arab Saudi. REZA GROUP yang dikawal dan diuruskan oleh penganut-penganut Muslim juga mengendalikan restoran McDonald’s di Arab Saudi.

2.2 Selain negara Malaysia, pemilikan ini juga melibatkan negara jiran kita iaitu Singapura setelah pembelian keseluruhan syer daripada McDonald’s Corporation. 1 Disember 2016 merupakan tarikh bersejarah apabila McDonald’s Corporation mencapai persetujuan untuk menjual hak francaisnya terhadap restoran-restoran McDonald’s di Singapura dan Malaysia kepada Lionhorn PTE LTD sebagai sebahagian daripada rancangan untuk bergerak dari pemilikan langsung di Asia. Dengan itu, McDonald’s Corporation telah memindahkan kepentingan pemilikannya di 390 restoran McDonald’s, lebih daripada 80% daripadanya milik McDonald’s Corporation kepada Lionhorn PTE LTD.

2.3 McDonald’s Malaysia tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti penyumbangan dana kepada ketenteraan Amerika Syarikat dan Israel yang menyerang saudara Islam Palestin dalam konflik yang berterusan di tanah suci Jerusalam-Palestin. Secara khususnya, McDonald’s Malaysia tidak menyumbang kepada Jewish United Fund (JUF), salah satu daripada beribu badan kebajikan yang berdaftar di Amerika Syarikat. (boleh klik link dibawah untuk penjelasan yang lebih terperinci berkaitan hal ini).

Penjelasan dalam bentuk video berkaitan aktiviti penyumbangan dana kepada badan kebajikan Jewish United Fund (JUF):

2.4 Aktiviti penyumbangan dana dibawah program “Matching Gift” adalah melibatkan McDonald’s dibawah selian McDonald’s Corporation sahaja manakala McDonald’s Malaysia tidak mempunyai perkaitan langsung dalam program ini setelah Lionhorn PTE LTD menguasai hak francaisnya di Malaysia dan Singapura.

2.5 Royalti sememangnya dibayar kepada pihak McDonalds Corporation atas asbab penggunaan jenama yang tertakluk dalam sistem perniagaan francais. Namun, perlu membezakan antara pembayaran royalti kepada pemilik asal jenama dengan penyumbangan dana kepada Israel. Ia merupakan dua benda yang jauh berbeza.

2.6 McDonald’s Malaysia antara syarikat pertama yang mendapat pensijilan halal Malaysia pada awal 90-an daripada JAKIM. Dengan kewujudan Jawatankuasa Halal Dalaman di dalam McDonald’s Malaysia, setiap restoran McDonald’s di Malaysia akan melalui satu proses penelitian serta penilaian dalam memastikan halal di McDonald’s Malaysia terjamin dan mengikuti Standard Pensijilan Halal Malaysia.

3. Setelah mendapat pengesahan daripada barisan tertinggi McDonald’s Malaysia dalam pertemuan tersebut, pihak kami yakin bahawa McDonald’s Malaysia tidak menyumbang, menyokong atau melibatkan diri dalam sebarang konflik politik atau agama, termasuklah aktiviti penyumbangan dana kepada Israel dalam konflik Jerusalem-Palestin. Oleh itu, pihak kami berpendapat bahawa kegiatan boikot McDonald’s adalah tidak berasas, palsu dan fitnah dan pihak kami tidak menyokong kegiatan tersebut. Kami juga menggesa pembaca kami supaya tidak menyebarkan perkara palsu dan fitnah.

4. Pihak kami kesal sekiranya kekeliruan timbul lanjutan daripada apa-apa penerbitan di laman sesawang Facebook kami tentang McDonald’s Malaysia. Pihak kami sekali lagi menegaskan bahawa kami tidak pada bila-bila masa pun bersetuju dengan kandungan penerbitan yang berkaitan. Kami memberi akujanji tidak akan membuat atau mengulangi penyataan berkenaan apa-apa kegiataan boikot McDonald’s Malaysia ataupun tentang perkara sumbangan kepada konflik di Palestin Jerusalem.

Yang benar,
Mohamad Zaki Bin Ismail
Presiden tzkrh.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami