Ibadah

Persoalan Tentang Bilakah Puasa Sepatutnya Bermula

Oleh Zulfikar Egar  •  11 May 2020  •  3 min baca

Allah Subhana Wa Ta’ala menyebut di dalam Al-Quran:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

“Makanlah dan minumlah sehingga jelas di hadapan mata kamu benang-benag putih di antara benang-benang hitam…” (Al-Baqarah 2:187)

Yang mana ini merupakan metafora atau perlambangan terhadap terbitnya fajar. Maka apa yang boleh kita faham melalui ayat ini ialah – tempoh dan waktu bermulanya puasa ialah bila mana terbitnya fajar atau pun dalam bahasa yang mudah kita kata bila masuknya waktu subuh.

Dalam hal ini juga, Nabi SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit RA. Bila mana beliau berkata;

“Kami pernah bersahur dengan Nabi SAW dan kadar antara sahur kami dengan azan subuh itu ialah sekadar 50 ayat al-Quran.” (HR. Bukhari & Muslim)

Hadis ini dan ayat al-Quran yang disebut di atas tadi menunjukkan bahawasanya puasa itu sepatutnya bermula ketika mana masuknya waktu subuh.

Maka atas asas ini, pemahaman sesetengah daripada masyarakat kita yang menyatakan perlunya ada imsak atau pun berhenti seketika antara 10 minit atau pun 5 minit sebelum masuk waktu subuh tidak lah menjadi satu kemestian. Tambahan pula pada waktu moden ini, kita telah dapat mengetahui dengan tepat waktu Subuh dan mampu berhenti sebelum masuk waktu Subuh.

Bahkan berdasarkan Al-Quran dan hadis, puasa hanya perlu bermula bila mana jelas masuknya waktu subuh.

Walau bagaimanapun, menurut ulasan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hal ini, ada yang mengambil pendekatan hati-hati dan hal ini tidak menjadi suatu kesalahan.

Dan bila cakap pasal sahur ini,ada juga dikalangan masyarakat kita kurang jelas adakah jika tak bangun sahur, maka tiada puasanya pada esok hari?

Di sini haruslah difahami bahawa Istilah sahur itu sendiri merujuk kepada aktiviti makan dan minum di akhir malam atau sebelum masuknya waktu Subuh bagi mereka yang akan menjalankan ibadah puasa pada keesokan harinya.

Jadi ia dah dikira berniat untuk berpuasa jika seseorang itu telah terlintas di hatinya hendak berpuasa pada keesokkan hari.

Andai seseorang itu pada malam harinya sudah terdetik nak bangun sahur tetapi akhirnya terbabas tidur, celik-celik mata dah kedengaran azan Subuh. Boleh sahaja teruskan berpuasa walaupun tidak sempat bersahur kerana malam sebelumnya kita sudah pun berniat untuk berpuasa.

Dan bagi mereka yang beranggapan tidak mengapa jika tidak bersahur kerana beranggapan mampu dan kuat untuk berpuasa pada keesokkan harinya. Ingatlah, sahur itu penting dan merupakan tuntutan walaupun kita kata kita kuat untuk berpuasa walaupun tanpa bersahur.

Bukan kerana semata-mata nak berbeza puasa kita dengan Ahli Kitab yang juga turut berpuasa. Tapi berdasarkan hadis ini juga.

Dari Anas bin Malik R.anhu, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda,

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي اَلسَّحُورِ بَرَكَةً

“Makan sahurlah, kerana sesungguhnya ada keberkahan dalam sahur.” (Muttafaq ‘Alaih)

Jadi hadis ini secara tidak langsung menunjukkan bahwa orang yang berpuasa diperintahkan untuk tetap makan sahur. Sebab dalam amalan sahur terdapat manfaat yang banyak dan keberkahan yang besar berkaitan diniyyah (akhirat) atau duniawiyah (dunia).

Wallahualam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami