Gaya Hidup

Persiapan Guru Yang Boleh Dilakukan Sebelum Cuti Sekolah Berakhir

Oleh Fizah Lee  •  24 Dec 2019  •  3 min baca

Musim cuti sekolah sudah hampir sampai ke penghujungnya. Setiap orang pasti sedang membuat persediaan untuk kembali ke sekolah sama ada golongan ibu bapa dan juga pelajar.

Tidak dilupa juga, guru-guru pasti sedang melakukan persediaan rapi bagi mempersiapkan diri untuk mengajar anak didik.

Tugas dan tanggungjawab seorang guru pastinya sangat tinggi dalam mendidik anak-anak watan kita. Mendidik bukan sahaja dari sudut pengajaran tetapi juga dalam bentuk pendidikan jati diri dan nilai murni.

Pastinya para guru sekarang sedang membuat persiapan sebelum sesi persekolahan bermula. Kebiasaannya, mereka perlu menghadiri mesyuarat tahunan dan perancangan untuk sesi baru.

Dalam kesibukan dengan mesyuarat di sekolah, jangan lupa akan persediaan diri sendiri untuk menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu memberi keutamaan kepada diri sendiri juga agar boleh menjalankan amanah yang diberikan dengan baik kerana tugas mendidik anak bangsa merupakan tugas yang berat.

Oleh itu, entri kali ini akan memberikan beberapa tips buat para guru di luar sana untuk membuat persediaan diri semasa menanti cuti sekolah selesai.

#1 – Mengulang Kaji Silibus Pembelajaran

Setiap guru pasti ditugaskan dengan pelbagai tugasan pengajaran yang berbeza. Walaupun sudah lama mengajar subjek yang sama, namun tidak salah untuk sentiasa mengulang kajinya dan memikirkan teknik pengajaran yang menyeronokkan bagi menarik perhatian pelajar.

Selain itu, rancang modul yang anda ingin ajarkan kepada anak-anak didik anda sama ada dalam jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Pastikan modul-modul tersebut diselitkan juga dengan aktiviti-aktviti yang menyeronokkan semasa tempoh pembelajaran mereka.

#2 – Tambah Baik Pemahaman Psikologi Pelajar

Untuk mendekati dan memahami pelajar, guru pasti didedahkan dengan cara yang betul dalam psikologi pembelajaran. Ia bagi membantu guru untuk lebih mudah mendidik golongan yang kurang minat belajar disebabkan faktor-faktor dalaman mahupun luaran yang hadir seperti kewangan, kurang keyakinan diri dan sebagainya.

Sentiasa tambah baik pemahaman berkaitan psikologi pelajar kerana anda tidak boleh menjangka pelajar bagaimana yang akan hadir dalam kelas anda. Apabila mempunyai pengetahuan yang lebih dalam bidang ini, ia akan memudahkkan urusan anda untuk mendekati pelajar-pelajar yang bermasalah atau yang kurang minat belajar.

Sekurang-kurangnya, pelajar tidak akan rasa takut untuk bertemu kaunselor jika anda sudah mula mendekati dan meyakinkan mereka.

#3 – Rehatkan Minda Dan Bersedia

Kurang dari seminggu sahaja lagi cuti sekolah akan melabuhkan tirainya. Kebanyakan guru sudah mula mempunyai perasaan tidak sabar untuk kembali bertemu murid-muridnya dalam masa yang sama wujud juga perasaan khuatir dengan kerja-kerja yang bakal dihadapi.

Walaupun sedang sibuk dengan mesyuarat dan persediaan untuk musim sekolah yang baharu, namun anda perlu tetapkan dalam minda bahawa kesihatan emosi dan fizikal anda adalah yang lebih utama.

Pastikan anda tidak jatuh sakit pada minggu pertama persekolahan dan kekalkan momentum tersebut sehingga ke akhirnya. Dengan itu, anda akan lebih bersedia dengan sesi baru persekolahan yang bakal dilalui.

Kesimpulan

Tugasan sebagai seorang guru sangat mencabar terutamanya di zaman alaf baru ini. Setiap pelajar mempunyai kerenah dan tahap pemahamannya yang tersendiri. Oleh itu, menjadi tugas guru untuk sentiasa bersedia bagi berdepan dengan cabaran-cabaran tersebut.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami