Gaya Hidup

Persembahan Pentas Yang Mengembirakan Pelajar

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  27 Oct 2019  •  3 min baca

Di antara pengalaman yang paling berharga yang saya lalui ketika tinggal di London dahulu adalah penglibatan saya sebagai salah seorang penggerak ‘school play’ di sebuah sekolah di London.

‘School play’ merupakan acara tahunan yang menjadi kemestian bagi hampir setiap sekolah di UK dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua walaupun ia mungkin sesuatu yang memenatkan bagi penggerak-penggerak ‘play’ tersebut.

Jika anda masih ingat filem ‘High School Musical’ yang popular pada sekitar tahun 2007, school play adalah seperti yang dipaparkan dalam filem tersebut.

School play bukanlah satu pertandingan dan ia juga bukan salah satu sketsa yang mengisi aturcara majlis penyampaian hadiah. Ia adalah program yang bersifat ‘stand alone’ dan berdurasi selama hampir 3 jam.

Pementasan ‘Porridge’ ini bertemakan penyiasatan dan melibatkan pelajar-pelajar ‘Primary’ dan ‘Secondary’. Apa yang menarik tentang ‘school play’ ini, latihan dijalankan dengan begitu professional dan tersusun.

Manakan tidak, di antara individu yang turut sama terlibat sebagai penggerak selain daripada saya dan beberapa orang guru senior, adalah seorang pelakon dan penggiat teater professional di London dan juga seorang pemuzik profesional yang juga berpusat di London.

Walaupun demikian, professionalisme tidak bermaksud ‘school play’ itu diadakan secara ‘grand’, berskala besar, menelan belanja yang besar, dan menjemput VIP dengan deretan ucapan.

Semua itu tidak penting dan semua itu tidak perlu kerana apa yang dititikberatkan dan diraikan adalah usaha, penyertaan, keupayaan, bakat dan rasa kebersamaan (sense of belonging) sesama pelajar dan masyarakat sekolah.

Itulah tujuan utama ‘school play’ secara umumnya. Pelakon-pelakon dipilih melalui sesi ujibakat.

Dengan itu semua pelajar mendapat peluang untuk mengketengahkan bakat dengan memilih watak yang dirasakan sesuai dengan diri dan keupayaan masing-masing.

Setiap tahun pelajar yang memegang watak-watak utama adalah pelajar yang berbeza-beza yang dipilih bukan kerana pelajar tersebut kacak, jelita ataupun popular, sebaliknya dipilih berdasarkan keupayaan memegang watak.

Ada watak yang dipegang oleh mereka yang tidak disangka memiliki keupayaan dan bakat seperti yang dicari kerana selama ini mereka bersifat ‘low profile’ di sekolah.

Ada juga pelajar yang pendiam tetapi apabila diberi peluang dia dapat menyanyi secara ‘solo’ sehingga memukau penonton dan menjadi kejutan kepada guru dan rakan.

Semasa pementasan pula, bukanlah kesempurnaan dan ‘prop’ yang hebat-hebat menjadi keutamaan. Peralatan harian dan bahan terbuang dan kitar semula dijadikan ‘prop’ dengan menggunakan kreativiti pelajar dan penggerak, asalkan penonton dapat memahami jalan cerita.

Kesilapan pula menjadi jenaka yang menghiburkan. Pendek kata, acara ‘school play’ tahunan ini menjadi medan para pelajar dan guru bekerjasama, bergembira dan bergurau lantas menjadi memori indah untuk dikenang oleh semua. Saya sangat merindui suasana itu.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami