Inspirasi

Perompak Yang Akhirnya Menjadi Ulama’

Oleh Natirah Azira  •  29 Jan 2019  •  3 min baca

Pada suatu masa dahulu terdapat seorang pencuri yang sangat terkenal suka menyerang dan merompak harta kafilah pedagang. Dia juga menyukai seorang wanita di kota itu dan akan selalu memanjat tembok rumah wanita tersebut pada waktu malam untuk melihatnya.

Pada suatu malam ketika melakukan hal yang sama, seseorang yang yang sedang melakukan qiyamullail (solat malam) membacakan sepotong ayat yang berbunyi:

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka” (Surah Al-Hadid 57:16)

Tatkala mendengar ayat tersebut, hatinya gementar lalu berkata “Benar Wahai Tuhanku, masanya telah tiba (untuk aku berubah)”

Selepas itu lelaki tersebut terserempak dengan segerombolan pengembara yang berhenti di suatu kawasan lalu meminta kebenaran untuk menyertai mereka. Ketika itu mereka sedang berbincang sama ada untuk meneruskan perjalanan atau berhenti bermalam di tempat itu terlebih dahulu kerana takut dengan perompak yang menanti di pertengahan jalan.

Perompak yang mereka perkatakan itu tidak lain tidak bukan, dirinya sendiri. Kejadian kedua itu membuatkan dia berfikir sekali lagi.

“Apakah yang telah aku lakukan sehingga mereka begitu takut kepadaku?”

Lelaki tersebut mula mempersoalkan tujuan hidup dan apa yang telah dilakukan selama ini. Bermula dari saat itu, dia mengambil keputusan untuk berubah.

Siapakah lelaki yang diceritakan ini?

Dialah Fudhail bin Iyadh, seorang ulama yang dikenali dalam kalangan tabi’ tabiin. Seorang yang asalnya menjalani kehidupan yang dimurkai Tuhan, namun kerana taubat dan perubahan yang dilakukan, akhirnya Allah menjadikan dia seorang yang mulia dan disegani dalam kalangan manusia.

Dari Abu Hurairah R.anhu dia berkata bahawa Nabi SAW bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hambaKu. Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diriKu.

Jika ia mengingatKu di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta.

Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat.” (HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675)

Hadis di atas akan menutup artikel pada kali ini dengan membawa mesej bahawa setiap orang yang ingin berubah dan mula mengambil langkah untuk berubah, Allah pasti akan membantu dan mempermudahkan jalan menujuNya.

Jika kita melakukan usaha walau hanya ‘sejengkal’, Allah pasti mempermudahkan jalan menujuNya ‘sehasta’. Begitulah seterusnya sehingga seorang hamba itu dicintai Allah. Peluang sentiasa ada untuk berubah, tinggal sahaja mahu atau tidak.

Sumber:
Diolah semula daripada video yang diterbitkan oleh Islamic Guidance


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami