Ibadah

Perlukah Diulang Solat Yang Dilakukan Dari Harta Yang Haram?

Oleh Fizah Lee  •  28 Aug 2020  •  2 min baca

Apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Dan itulah yang akan memberi kesan bukan sahaja kepada tubuh badan kita tetapi juga kepada hati kita sendiri.

Kita faham bahawa jika makanan itu adalah makanan yang berkhasiat, maka ia boleh membantu memberi tenaga kepada diri kita. Jika sebaliknya, maka ia boleh memberi kesan yang menjejaskan kesihatan seperti boleh menimbulkan penyakit yang tidak diingini.

Dari sudut lain yang perlu dipertimbangkan adalah dari mana sumber itu datang. Adakah ia datang dari hasil yang halal atau haram.

Sebagai umat Islam, kita memahami bahawa antara makanan yang haram dimakan adalah daripada anjing dan babi serta yang mempunyai hubungan dengannya. Ia adalah haram yang nyata.

Namun, yang mungkin kadang-kadang kita boleh lupa adalah sumber makanan itu. Adakah wangnya halal atau cara penyediaannya halal dan sebagainya.

Jika tidak tahu, maka ia adalah perbuatan yang dimaafkan. Namun, jika sudah mengetahuinya tetapi tetap mengabaikannya, maka itulah yang menjadi dosa dan kesan yang perlu ditanggung.

Dalam sebuah hadis sahih yang telah diriwayatkan, Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Ada seorang yang berjalan jauh dalam keadaan berdebu, lalu ia menadahkan tangan kepada Allah dan menyebut: “Wahai tuhan, wahai tuhan.” Padahal makanan dia dari yang haram, minumnya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram. Dan ia diberi dari yang haram. Bagaimana mungkin doanya boleh terkabul.”

Antara perkara yang boleh menjadi kesan ialah doa yang dipohon itu sukar diterima dan solatnya juga tidak diterima.

Imam Nawawi RA berkata – “Jika seseorang berhaji dengan harta haram, hajinya tetap sah. Itu adalah pendapat kebanyakan para ulama.” (Al-Majmu’ 7:62)

Menurut pandangan jumhur ulama dari kalangan Imam Syafi’e, jika haji atau solat itu dilakukan tetapi padanya adalah hasil yang haram, maka ibadah itu adalah sah. Namun, ia tidak diterima.

Ia disebut sebagai bermaksiat kepada Allah walaupun dia sedang solat. Namun, seseorang itu tidak perlu mengulangi solatnya lagi.

Jika dia bertaubat dan memohon ampun kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, maka ibadah itu adalah bergantung kepada Allah. Semoga ia akan diterima dan taubat itu dikira.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami